Pada 25 Januari 2022 (selasa), Konsultasi Penilaian Fail dan Rekod bagi tujuan pemusnahan fail rekod
Homogenous bagi PTJ Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka yang telah tamat tempoh tindakan.
Aktiviti konsultasi ini dijalankan dan dilakukan oleh 2 orang staf dari Unit Arkib Cawangan Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang iaitu Encik Razali bin Mat Sabu, Pembantu Pustakawan Kanan dan Puan Suhaina binti Ibrahim, Pembantu Pustakawan. Staf Pejabat Polis Bantuan yang menguruskan proses lupus ini ialah Puan Munirah binti Munir, Pengawal Keselamatan Kanan. Sebanyak 86,180 helai dokumen dan fail yang hendak dilupuskan telah dipindahkan ke stor pusat UiTM Cawangan Pahang.
Disediakan oleh : Roshairi Bin Che Razali, Pembantu Pustakawan Kanan