Akreditasi Program Muda Sains Senibina (Kepujian) (AP243) 2022-2027

Pada 16 Februari 2022 (Rabu), PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah menerima lawatan daripada Program Sarjana Muda Sains Senibina (Kepujian) (AP243). Untuk makluman tambahan, AP243 telah memohon untuk di akreditasi bagi tempoh 5 tahun iaitu daripada 2022-2027 pada bulan Oktober 2022.

Tujuan lawatan ringkas ini diadakan adalah untuk mendapatkan kelulusan daripada Lembaga Arkitek Malaysia (LAM). Lawatan ini turut dihadiri oleh 2 orang panel jemputan Program Design Review AP243 iaitu Prof. Dr. Ahmad Sanusi Hassan dan Dato’ Ar. Hj. Zulkhairi Md Zain.

Sepanjang sesi lawatan ini, Puan Siti Basriyah binti Shaik Baharudin, Timbalan Ketua Pustakawan dan Puan Nur Aqilah binti Russli membantu memberi penerangan dan taklimat ringkas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan kepada pengguna. Prof. Dr. Ahmad Sanusi Hassan dan Dato’ Ar. Hj. Zulkhairi Md Zain turut dibawa melawati sekitar PTAR Kampus Seri Iskandar khususnya Kaunter Utama, Bilik ICT, Kaunter Rujukan dan BIlik Koleksi Bahan Binaan.

Di akhir lawatan, panel dibawa ke Unit Pemuliharaan Bahan yang terletak di Aras Bawah perpustakaan. En Mohd Eaddy Masrizun bin Nayan, Pembantu Pemuliharaan Kanan memberikan taklimat ringkas tentang proses baik pulih buku rosak dan juga bahan-bahan yang digunakan dalam proses tersebut.

Disediakan oleh: Muhamad Azim bin A’nsori, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Avatar photo
Muhamad Azim 'Ansori PTAR Seri Iskandar Perak

Leave a Reply