Tahniah & Selamat Datang Pembantu Pustakawan (S19) PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin

Pada 17 Januari 2022 Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah menerima kedatangan staf baharu Pembantu Pustakawan (S19), Puan Noorhafizah binti Azaman. Beliau telah menjalani latihan sangkut di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah bagi mempelajari proses kerja di perpustakaan. Latihan sangkut ini telah dijalankan selama 2 minggu bermula pada 18 Januari 2022 sehingga 27 Januari 2022. Beliau akan ditempatkan di bawah Unit Penyelidikan, Pembelajaran dan Rujukan yang diketuai oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman. PTAR UiTM Cawangan Melaka mengucapkan selamat berkhidmat dengan cemerlang kepada Puan Noorhafizah binti Azaman, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin.

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Kakitangan Staf PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply