Pada 18 – 27 Januari 2022 Pembantu Pustakawan (S19) baharu PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah menjalankan Latihan Sangkut (Job Attachment) Di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Latihan ini telah dijalankan selama 2 minggu oleh Pembantu Pustakwan baharu iaitu Puan Noorhafizah binti Azaman. Latihan ini dijalankan adalah bagi memberi pendedahan, pengetahuan dan memantapkan lagi kemahiran dan kompetensi staf dengan proses-proses kerja pengurusan perpustakaan. Latihan sangkut ini bermula dengan sesi lapor diri staf baharu dengan Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Noor Hayati binti Abu Kassim sebelum beliau pergi ke setiap unit yang ada di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.
Berikut disertakan tentatif ringkas program latihan sangkut:
18 Januari 2022 – Sesi Melapor Diri Dengan Timbalan Ketua Pustakwan
– Unit Pentadbiran Organisasi
– Unit Sistem
19 Januari 2022 – Unit Penyelidikan, Pembelajaran & Rujukan
20 Januari 2022 – Unit Perpustakaan Digital
– Unit Perancangan dan [pembanguanan perpustakaan
– Unit Arkib
24 Januari 2022 – (Sambungan) Unit Penyelidikan, Pembelajaran & Rujukan
25 Januari 2022 – Unit Perhubungan Pelanggan & Pengurusan Koleksi
26 Januari 2022 – Unit Korporat
27 Januari 2022 – (Sambungan) Unit Penyelidikan, Pembelajaran & Rujukan
Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin