Lawatan Tanda Aras Sistem Digital PTAR oleh Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Barisan Staf PTAR dan Pelawat KKM

PTAR amat berbesar hati apabila telah menerima lawatan tanda aras kali kedua daripada Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP), KKM yang diketuai oleh Encik Mohd Amin Yaakob, Ketua Penolong Pengarah Kanan diiringi sebelas orang pegawai.

Pada sesi lawatan bertarikh 9 Februari 2022 (Rabu) jam 10:00 pagi, fokus lawatan BKRP ialah kecemerlangan projek inovasi PTAR terutama teknologi pendigitalan dan pemodenan pengurusan dokumen dan arkib. Maklumat berkaitan lawatan kali pertama boleh didapati di URL berikut: https://perpustakaanuitm.blogspot.com/2019/04/lawatan-kerja-penandaarasan-produk.html

Satu sesi taklimat telah disampaikan oleh Tuan Haji Azizi bin Jantan, Ketua Jabatan Perpustakaan Digital PTAR. Para pelawat sambil diiringi oleh staf PTAR telah dibawa melawat ke Galeri Tun Abdul Razak, ruang kerja repositori institusi, Di akhir sesi lawatan ini, kedua-dua pihak saling bertukar cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan.

Semoga sesi lawatan ini membuka peluang perkongsian kepakaran dan maklumat serta ketampakan PTAR di luar UiTM.

Ucapan Alu-Aluan Oleh Encik Jamalludin bin Haji Sulaiman
Taklimat Kepada Pelawat Oleh Tuan Haji Azizi bin Jantan.
Lawatan ke Ruang Kerja Repositori Institusi
Avatar photo
Asmah binti Sabtu PTAR 1 Shah Alam

Leave a Reply