Bengkel Kajian Semula Perancangan Strategik 2022

Bertempat di Dewan Serbaguna Kolej Seroja UiTM Shah Alam telah berlangsung Bengkel Kajian Semula Perancangan Strategik 2022 Perpustakaan UiTM. Bengkel selama tiga hari bermula 8 Februari 2022 telah menerima kehadiran peserta seramai 96 orang staf profesional perpustakaan yang terdiri daripada pemangku Ketua Pustakawan, Ketua Perpustakaan Cawangan, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua bahagian, Ketua Perpustakaan Fakulti dan pustakawan UiTM.

Bengkel ini telah dimulai dengan ucapan Encik Jamalludin Sulaiman, pemangku Ketua Pustakawan yang telah menekankan tentang halatuju perancangan strategik (PS) PTAR iaitu ke arah GRU 2025 (Globally Renowned University) sebagaimana halatuju UiTM. Oleh itu, tiga petunjuk prestasi utama dan empat puluh tujuh petunjuk prestasi PUiTM yang telah ditetapkan sejak tahun 2020 akan terus menyumbang kepada pencapaian GRU 2025. Disamping itu, beberapa fokus utama menjadi intipati ucapan beliau termasuklah penulisan dikalangan pustakawan, program galakan membaca dan program khidmat masyarakat yang bermatlamat ke arah ketampakan fungsi dan perkongsian kepakaran di kalangan masyarakat luar.

Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM (PUiTM) 2020 – 2025 yang memasuki tahun ketiga pelaksanaannya ini telah diukur dan dibentangkan pencapaian oleh Puan Azura Mohamad Hashim, Bahagian Dasar & Perancangan Strategik PTAR.

Para peserta bengkel ini telah dibahagikan mengikut kumpulan lima jabatan dalaman PTAR dan telah membincangkan strategi tahun 2022 berupa projek inisiatif, aktiviti mahupun program yang akan menyokong kepada pencapaian GRU 2025.

Bengkel ini akan diakhiri dengan sesi pembentangan oleh setiap kumpulan sebagai simbolik pengakhiran bengkel.

Avatar photo
Asmah binti Sabtu PTAR 1 Shah Alam

Leave a Reply