Lawatan Tanda Aras Dan Latihan Sangkut Unit Arkib Cawangan UiTM Melaka Dan Johor Ke Jabatan Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam

Pada 24 Januari 2022 (Isnin), Jabatan Arkib Universiti (JAU) telah menerima kunjungan tiga belas (13) orang staf iaitu lapan (8) orang dari Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka, Puan Noor Hayati binti Abu Kassim, Timbalan Ketua Pustakawan; Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan; Cik llya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan; Encik Nazri bin Abu Bakar, Pembatu Pustakawan Tertinggi; Encik Jonizam bin Abu Kasim, Pembantu Pemuliharaan Kanan; Encik Kamalrulamir bin Amat, Pembantu Pustakawan Kanan; Puan Salina binti Salehin, Pembantu Pustakawan Kanan dan Encik Muhamad Asri bin Abu Hashim, Pembantu Pemuliharaan. Manakala lima (5) orang dari Perpustakaan UiTM Cawangan Johor iaitu Puan Siti Rozana binti Mat Sanat, Pustakawan Kanan; Puan Eny binti Musa, Pembantu Pustakawan Kanan; Nurul Amin bin Norudin, Pembantu Pemulihraan Kanan; En. Idris bin Muhammad, Pustakawan Kanan (Kampus Pasir Gudang); Puan Noor Syafiqah binti Mohd Ali, Pembantu Pustakawan

Lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui keseluruhan berkaitan JAU yang meliputi Unit Penyelidikan dan Dokumentasi, Galeri Tun Abdul Razak (GTAR), Unit Rekod dan Arkib dan Unit Pemuliharaan Bahan. Selain itu, mereka juga berhasrat mendapatkan pendedahan dan amalan terbaik bagi proses pembangunan dan pengurusan arkib universiti.

Mereka juga telah dibawa untuk meninjau persekitaran JAU bagi melihat koleksi-koleksi yang dipamerkan. Lawatan penandaarasan ini telah memberi input kepada mereka dalam usaha menguruskan koleksi arkib dan galeri di UAC (Unit Arkib Cawangan).

Selanjutnya sepuluh (10) orang staf daripada kedua-dua Unit Arkib Cawangan ini akan menjalani Latihan Sangkut selama tiga (3) hari iaitu 24 hingga 26 Januari 2022 bagi Unit Arkib Cawangan UiTM Johor dan manakala lima (5) hari iaitu 24 hingga 28 Januari 2022 bagi Unit Arkib Cawangan UiTM Melaka.

Avatar photo
Asmah binti Sabtu PTAR 1 Shah Alam

Leave a Reply