Wednesday, 08 Rejab 1446
Wednesday, 08 January 2025
Pameran Palette 2025: Shades Connected

Pameran Palette 2025: Shades Connected

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku
Saksikan keindahan seni yang penuh warna di Pameran Palette 2025! Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kami pada 8-9 Januari 2025, dari 8:00 pagi hingga 5:00 petang di Ruang Library Community Engagament PTAR, UiTM Cawangan Melaka!
Sesi Santai Seni Bersama:
  • Shaharin Sulaiman  "Color in Art Expressive" (8 Januari, 10:00 pagi) & persembahan puisi yang mendalam oleh Siti Nurainna Najwa  "Aku dan Perang Tanpa Akhir"
  • Azmil Aswad, pensyarah jemputan dari Perdana University (9 Januari, 9:00 pagi–4:00 petang)
Pameran ini mempamerkan karya kreatif 58 pelajar Semester 03, Diploma Fotografi dan Pengimejan Kreatif, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Melaka. Dengan medium postcard dan campuran media, mereka membawa warna dalam kehidupan dengan cara yang unik dan penuh ekspresi.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman seni yang lebih dekat dan bermakna! Sertai kami dan temui dunia warna yang menakjubkan! Jumpa anda di sana!