Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility
Wednesday, 15 Shawwal 1445
Wednesday, 24 April 2024
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 

Simposium Kecemerlangan Operasi anjuran InQKA telah diadakan pada 15 Ogos 2017 bertempat di Intekma Resort & Convention Centre. Sebanyak sembilan jabatan telah mengambil bahagian dalam Sesi Perkongsian Ilmu mengenai projek kecemerlangan operasi masing-masing. PTAR telah membentangkan Projek Langganan Pangkalan Data Atas Talian (PDAT) yang telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Pembangunan Bahan, Encik Zulkilfi Ismail.

Objektif projek ini adalah:
1. Mempercepatkan tempoh masa proses langganan PDAT baharu bagi memastikan pengguna universiti dapat menggunakan bahan rujukan untuk pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UiTM.
2. Memenuhi aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia  yang   berkonsepkan 3A (Anywhere, Anytime, Anyone).
Sasaran projek ini adalah untuk memendekkan tempoh proses langganan PDAT dari 378 hari kepada 168 hari yang melibatkan penambahbaikan sebanyak 56% atau pengurangan tempoh proses sebanyak 220 hari. Impak daripada projek ini adalah :
1. Penjimatan masa proses langganan PDAT baharu sebanyak 56%2. Penjimatan kos sebanyak RM 29,400.00 (56%)3. Pemantauan proses langganan menggunakan sistem perpustakaan4. Pematuhan kepada prosedur perolehan kerajaan/badan berkanun
PTAR telah mendapat Anugerah Gangsa bagi Kategori Pentadbiran dan telah membawa pulang sebuah piala beserta sijil anugerah yang disampaikan oleh YBhg. Naib Canselor UiTM.

Select

Contact Us

Corporate Communication Division
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5543 8581 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5521 1704 | Corporate Division
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian