Thursday, 15 Rabi'ulawal 1446
Thursday, 19 September 2024

History

Perpustakaan UiTM Kampus Machang, Kelantan ditubuhkan pada tahun 1985 di kampus sementara Kem Kijang dan telah berpindah ke kampus tetap Bukit Ilmu bermula tahun 1996.

Pada 15 Julai 2008, Perpustakaan UiTM Kelantan telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kelantan, Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV dan diberi penjenamaan semula dengan nama Perpustakaan Tengku Anis (PTA) bersempena nama Mantan KDYMM Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Ibni al-Marhum Tengku Abdul Hamid.

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kampus Machang memainkan peranan bagi menyokong semua program pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan pembangunan ilmu dengan menyediakan berbagai jenis perkhidmatan, kepelbagaian koleksi, teknologi dan sumber maklumat terkini dan mantap.

Penubuhan Kampus Kota Bharu pula bermula daripada cetusan idea Menteri Pengajian Tinggi Dato' Seri Naib Canselor UiTM dan juga Rektor kampus bagi meningkatkan jumlah kemasukan pelajar.

Penubuhan UiTM Kampus Kota telah diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Mustapa Mohamad pada 18 Oktober 2006 dan sesi pertama pengajiannya telah bermula pada Julai 2007. Penubuhan Kampus Kota mengambilkira beberapa kriteria antaranya ialah lokasinya berada di kawasan bandar Kota Bharu dan mestilah strategik bagi tujuan penonjolan imej.

Susulan dari pengumuman itu, sebuah Jawatankuasa Penubuhan Kampus Kota yang dipengerusikan oleh Pengarah Kampus telah dibentuk. Jawatankuasa ini dianggotai oleh ketua-ketua bahagian serta unit di UiTM Kelantan. Wisma KUB yang mempunyai 4 tingkat dengan keluasan lantai keseluruhan 24,522.75 kaki persegi telah dipilih sebagai kampus sementara UiTM Kampus Kota atau nama rasminya Universiti Teknologi MARA Kelantan,Kampus Kota Bharu.

Pada tahun 2008, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif, Universiti Teknologi MARA Malaysia seterusnya meluluskan penyewaan 2 blok bangunan 3 tingkat dengan keluasan lantai keseluruhan 19,200 kaki persegi yang telah beroperasi pada Julai 2009.

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian