Wednesday, 25 Jamadilawwal 1446
Wednesday, 27 November 2024

Taklimat Sempena Minggu Destini Siswa (MDS)“Get to Know PAB” bersama Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang

Title:
Taklimat Sempena Minggu Destini Siswa (MDS)“Get to Know PAB” bersama Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang
When:
Wed, 2. October 2024, 11:00 h - 12:00 h
Where:
Perpustakaan Al-Bukhari, Pahang
Category:
Programme
Taklimat Sempena Minggu Destini Siswa (MDS)“Get to Know PAB” bersama Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang

Description

Taklimat Sempena Minggu Destini Siswa (MDS) “Get to Know PAB” bersama Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang

Sesi Taklimat Sempena Minggu Destini Siswa (MDS) “Get to Know PAB” bersama Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka Sesi 1 2024/2025 merupakan taklimat bersama para pelajar baharu pada Minggu Destini Siswa (MDS). Taklimat ini disampaikan oleh Puan Muniratul Husna Mohamad Zaki, Pustakawan dari Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka serta dibantu oleh beberapa orang staf perpustakaan.

Butiran taklimat adalah seperti berikut:

Tarikh: 02 Oktober 2024 (Rabu)
Masa: 11:00 Pagi
Tempat: Dewan Indera Segara, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka

Sesi ini bertujuan untuk memperkenalkan perkhidmatan serta kemudahan yang ditawarkan oleh Perpustakaan Al-Bukhari kepada semua warga universiti, terutamanya pelajar baharu bagi sesi akademik 2024/2025. Sesi ini merupakan peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk mendapat pendedahan awal tentang kepentingan perpustakaan, kemudahan perpustakaan serta bahan koleksi fizikal dan digital yang tersedia untuk kegunaan para pelajar sepanjang pembelajaran di UiTM Cawangan Pahang.

Sebagai tanda sokongan terhadap Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education, program ini akan turut menekankan peranan perpustakaan dalam memastikan akses kepada maklumat akademik yang relevan dan berkesan.

Jangan lepaskan peluang ini untuk lebih mengenali PAB dan memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan bagi memudahkan urusan akademik anda!

Pautan Link Kuiz "Get to Know PAB": https://bit.ly/KuizPAB_MDS2024

Pautan Link Maklum Balas dan Kehadiran "Get to Know PAB": https://bit.ly/MaklumBalas_GettoKnowPAB_MDS2024

Pautan Link Kajian Budaya Membaca Di Universiti Awam Malaysia 2024: https://bit.ly/KajianBudayaMembaca_UA_2024

Pautan Link Telegram PAB's INFO: https://t.me/PABUiTM

 

 


Venue

Please publish modules in offcanvas position.