Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

JEMPUTAN KEMPEN DERMA DARAH PERDANA 'UiTM HEARTBEAT' - UiTM CAWANGAN SELANGOR

Event

Title:
JEMPUTAN KEMPEN DERMA DARAH PERDANA 'UiTM HEARTBEAT' - UiTM CAWANGAN SELANGOR
When:
Mon, 16. June 2025, 09:00 h - 16:00 h

Description

 

Dengan penuh hormat dan sukacita, seluruh warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) dijemput untuk bersama menjayakan program Kempen Derma Darah Perdana 'UiTM Heartbeat: Nationwide Blood Drive for a Better Tomorrow' yang akan diadakan buat julung kalinya bersempena Hari Penderma Darah Sedunia.

Maklumat program adalah seperti berikut:
 Tarikh: 16 Jun 2025 (Isnin)
 Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
 Lokasi: PTAR Kampus Puncak Alam, PTAR Kampus Puncak Perdana & Lobi Fakulti Perubatan Kampus Sungai Buloh



Program ini terbuka kepada semua warga UiTM, alumni, rakan industri dan komuniti setempat yang memenuhi kriteria untuk menjadi penderma darah. Kami amat menggalakkan penyertaan aktif daripada semua pihak dalam menyemarakkan semangat kemanusiaan dan kebersamaan demi menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

Sumbangan anda mampu memberi harapan baharu kepada yang lain. Bagi yang berminat untuk menderma, mohon untuk membuat persediaan awal agar dapat memenuhi syarat kelayakan sebagai penderma darah.

1. Sihat tubuh badan;
2. Berumur 18 hingga 60 tahun;
3. Berat badan 45 kg ke atas;
4. Tidur minimum 5 jam;
5. Tiada masalah kesihatan;
6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah;
7. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi;
    (Contoh: Pengambilan dadah, bertukar-tukar pasangan seks, hubungan sejenis).
8. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas;
9. Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak; dan
10. Menetap di Malaysia sekurang-kurangnya 1 tahun (bagi bukan Warganegara).

“Setitis Darah, Sejuta Harapan.”

 

Sekian, terima kasih.


Venue

Location:
PTAR, Puncak Alam