Dalam usaha menyebarkan ilmu pengetahuan berkaitan isu pewarisan dalam Islam, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Perpustakaan Tun Dr. Ismail, Kampus Pasir Gudang bakal menganjurkan satu sesi Talk Show bertajuk “Belia Cakna: Ilmu Perwarisan”.
Program ini akan berlangsung pada ketetapan berikut:
Tarikh: 18 Disember 2024 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi: Perpustakaan Tun Dr. Ismail, Kampus Pasir Gudang
Pautan Siaran Langsung : Belia Cakna Ilmu Perwarisan
Pautan Kehadiran / Pendaftaran Pelajar : Belia Cakna Ilmu Perwarisan
Program ini menampilkan dua panel jemputan berpengalaman yang akan berkongsi pandangan dan ilmu berharga berkaitan isu pewarisan:
1. Ustaz Saifulanuar Bin M Moideen
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Majlis Agama Islam Negeri Johor
2. Ustaz Muhammad Hamka Bin Idris
SUK Persatuan Duah Faraid Malaysia
Objektif Program
Program ini bertujuan untuk:
1. Memberikan pendedahan kepada generasi muda mengenai ilmu pewarisan dalam konteks Islam.
2. Menekankan kepentingan memahami hukum faraid sebagai panduan dalam pembahagian harta pusaka.
3. Mendidik masyarakat agar lebih cakna dengan peranan mereka dalam menyelesaikan isu pewarisan secara sistematik dan adil.
Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia
+603 5544 3793 | Consultation Services | |
+603 5544 3716 | Customer Services | |
+603 5544 3735 | Corporate Unit | |
korporatptar@uitm.edu.my | |
Join Channel - @uitmlibrary | |
Click here to view QR Code | |
Facebook Chief Librarian | |