Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility
Kunjungan Hormat PTAR ke Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Shah Alam

Kunjungan Hormat PTAR ke Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Shah Alam

Pada 27 Mei 2025, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) yang diwakili oleh Pengarah, Encik Ahamad Zuber Mohamed, bersama Ketua Perpustakaan / Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP), Encik Mohd Hazrul bin Mohd Hussin dari Perpustakaan Sains & Teknologi, serta beberapa orang staf PTAR, telah berbesar hati mengadakan kunjungan hormat ke Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengadakan sesi 'Meet and Greet' bersama Dekan FSKM, sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik serta meneroka peluang kerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan.

Sepanjang sesi berlangsung, Dekan FSKM turut berpeluang mencuba sistem baharu PTAR – PERMATA, iaitu satu inisiatif inovatif yang menyokong pembelajaran fleksibel dan berpusatkan pelajar. Sistem ini merupakan gabungan holistik antara sumber pensyarah dan perpustakaan, yang diyakini mampu memperkaya pengalaman pembelajaran warga kampus secara lebih menyeluruh dan dinamik.

Semoga jalinan kerjasama ini terus subur demi kemajuan ilmu, inovasi dan pembangunan anak bangsa.

Tags: