
Sejajar dengan Fokus UiTM iaitu Globally Marketable, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM telah membangunkan sistem repositori Newspaper@UiTM yang memberi fokus kepada pengumpulan artikel surat khabar berkaitan UiTM. Tujuan utama pembangunan sistem repositori Newspaper@UiTM ini adalah untuk memantapkan pengumpulan surat khabar UiTM secara bersepadu agar dapat memenuhi keperluan maklumat UiTM untuk pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan penggunaan bahan perpustakaan melalui penyediaan bahan keratan surat akhbar UiTM.
Skop utama Newspaper@UiTM meliputi artikel surat khabar mengenai UiTM merangkumi berita semasa, rencana dan program yang ditulis oleh warga UiTM atau lain-lain individu dan organisasi luar UiTM. Selain itu, artikel penulisan yang dihasilkan oleh warga UiTM sama ada staf akademik, staf pentadbiran atau pelajar UITM. Pembangunan kandungan Newspaper@UiTM dikategorikan dalam paparan Latest News, Top Writers, Archive, Highlighted UiTM Articles dan UiTM Articles agar dapat memenuhi keperluan maklumat UiTM bagi pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti.
Berita Terkini
- Kakitangan UiTM Kuala Pilah diminta waspada
- MPP UiTM Rembau teraju pengurusan organisasi universiti
- Bina kemahiran berfikir strategik melalui catur
- Hijjas Kasturi dianugerahkan Profesor Emeritus oleh UiTM
- Nenek 14 cucu bersyukur berjaya peroleh PhD pada konvokesyen di UiTM
- Program Mahasiswa Perak Sejahtera bela kebajikan pelajar
- Kemahiran literasi media lahir masyarakat peka persekitaran
- Sastera medium berkesan didik generasi muda nilai adab, sopan
- Using tapioca, crickets as chicken feed can reduce chicken price
- Baucar buku semarakkan budaya membaca, pacu industri kreatif
