AI PINTAR: Memperkasa Kompetensi Kumpulan Pelaksana PTAR

Dublin Core

Title

AI PINTAR: Memperkasa Kompetensi Kumpulan Pelaksana PTAR

Description

Alhamdulillah, pada hari ini, 13 Ogos 2025, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menganjurkan kursus AI PINTAR untuk Staf Perpustakaan bertempat di Makmal Komputer 2, PTAR Shah Alam. Kursus ini dikendalikan oleh penceramah jemputan Encik Shahrul Hairy bin Shaharudin, Pembantu Pustakawan Kanan, yang telah berkongsi ilmu serta kemahiran dalam penggunaan ChatGPT, Microsoft Copilot, ImageFX, dan Veo V2.

Program ini diadakan dengan objektif untuk:
  1. Memahami konsep asas AI dan aplikasinya dalam bidang perpustakaan.
  2. Menggunakan ChatGPT untuk menjawab pertanyaan rujukan, penulisan, dan carian maklumat.
  3. Mengoptimumkan Microsoft Copilot dalam pengurusan dokumen, surat, dan data.
  4. Membangunkan poster dan visual promosi menggunakan ImageFX.
  5. Menghasilkan video ringkas promosi dan informasi menggunakan Veo V2.
Saya melihat program ini bukan sahaja menyokong pembangunan kemahiran teknikal staf, malah menjadi platform penting untuk kita bersedia mendepani cabaran era digital. Perpustakaan kini berperanan bukan sekadar penyedia maklumat, tetapi sebagai pusat inovasi yang sentiasa tangkas menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang terlibat. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam kerja seharian demi memperkukuh aspirasi PTAR sebagai Pusat Pembelajaran yang Dinamik (Vibrant Centre of Learning).

Source

https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1327564312708472

Date

13 Ogos 2025

Files

532602110_1327564146041822_7877976097717430858_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“AI PINTAR: Memperkasa Kompetensi Kumpulan Pelaksana PTAR,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/86.

Output Formats