UiTM IR Kekal No. 1 Malaysia, Kini No. 34 Dunia

Dublin Core

Title

UiTM IR Kekal No. 1 Malaysia, Kini No. 34 Dunia

Description

Alhamdulillah, satu lagi pencapaian membanggakan buat Universiti Teknologi MARA apabila UiTM Institutional Repository (UiTM IR) berjaya mengekalkan kedudukan nombor satu di Malaysia dan melonjak ke tangga ke-34 dunia dalam Transparent Ranking of Institutional Repositories (Mei 2025) oleh Google Scholar, dengan 86,500 dokumen diindeks.

Pencapaian ini membuktikan bahawa UiTM, melalui Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), benar-benar berfungsi sebagai Vibrant Centre of Learning pusat pembelajaran yang dinamik, inklusif dan sentiasa relevan dalam menyokong agenda kecemerlangan akademik dan keterlihatan global universiti.

Saya menyeru seluruh warga UiTM untuk terus menerbitkan dan mendepositkan harta intelek universiti termasuk tesis, disertasi, artikel jurnal, prosiding persidangan, buku dan bahan ilmiah lain ke dalam UiTM IR. Setiap karya yang dikongsi bukan sahaja meningkatkan visibility penyelidikan kita, malah mengukuhkan reputasi universiti di peringkat antarabangsa.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada seluruh warga Perpustakaan UiTM atas dedikasi, kerjasama dan komitmen tinggi yang membolehkan pencapaian ini direalisasikan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk kita terus memperkasa budaya ilmu, inovasi dan keterlihatan global UiTM.

Source

https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1325641859567384

Date

11 Ogos 2025

Files

529194039_1325641562900747_7002244338253340414_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“UiTM IR Kekal No. 1 Malaysia, Kini No. 34 Dunia,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/85.

Output Formats