Ucapan Perdana Menteri di Majlis Perasmian Ijtima’ MADANI Ulama & Guru Pondok Kelantan 2025

Dublin Core

Title

Ucapan Perdana Menteri di Majlis Perasmian Ijtima’ MADANI Ulama & Guru Pondok Kelantan 2025

Description

Alhamdulillah, saya berkesempatan melayari secara atas talian Majlis Perasmian Ijtimak MADANI Ulama & Guru Pondok Kelantan 2025 yang berlangsung di Dewan Profesional, UiTM Cawangan Kelantan. Majlis ini dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama UiTM Cawangan Kelantan serta Akademi Nunji.

Ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia benar-benar menyentuh hati dan membuka minda. Antara yang paling saya terkesan ialah peringatan bahawa pondok dan pesantren merupakan benteng terakhir mempertahankan akidah, ilmu, dan ruh perjuangan umat sejak zaman penjajahan, serta penegasan bahawa perubahan mesti dilakukan dengan kebijaksanaan, ketegasan, dan berperingkat supaya tidak mencetuskan kekacauan.

Beliau turut mengingatkan bahawa pendidikan pondok harus kekal dengan turath, namun perlu diperkasa dengan ilmu moden seperti STEM, penguasaan bahasa, teknologi digital, dan kecerdasan buatan (AI). Pandangan ini selari dengan aspirasi perpustakaan sebagai pusat ilmu yang memelihara warisan sambil memacu kemajuan digital.

Seruan saya kepada seluruh warga Perpustakaan UiTM:
Marilah kita menjadikan inspirasi ucapan ini sebagai pemangkin untuk terus berbakti kepada universiti dan negara:
  1. Memperkukuh peranan perpustakaan sebagai benteng ilmu, akidah, dan nilai murni.
  2. Memelihara dan memartabatkan warisan intelektual bangsa melalui koleksi, arkib, dan penerbitan.
  3. Memacu transformasi digital dengan menguasai kemahiran teknologi, termasuk AI, demi relevansi masa depan.
  4. Menyuburkan budaya muafakat dan perpaduan dalam setiap program dan perkhidmatan perpustakaan.
  5. Menyediakan persekitaran pembelajaran yang inklusif dan inovatif untuk warga UiTM dan masyarakat umum.
Insya-Allah, dengan tekad bersama, Perpustakaan UiTM akan terus menjadi “Pusat Ilmu yang Dinamik, Benteng Warisan dan Pemangkin Kemajuan” demi agama, bangsa, dan negara.

Source

https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1324702212994682

Date

09 Ogos 2025

Files

531379808_1324701859661384_8241196485232692604_n.jpg
530215677_1324701972994706_7603519201908189268_n.jpg
529868664_1324702032994700_3634764957908100405_n.jpg

Collection

Citation

“Ucapan Perdana Menteri di Majlis Perasmian Ijtima’ MADANI Ulama & Guru Pondok Kelantan 2025,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/84.

Output Formats