Merentasi Kampus, Merangkul Komuniti: Hikmah Sebalik Program Santuni MADANI

Dublin Core

Title

Merentasi Kampus, Merangkul Komuniti: Hikmah Sebalik Program Santuni MADANI

Description

Alhamdulillah, hari Jumaat ini menjadi sangat bermakna di Sekolah Kebangsaan Sepinang dan Masjid Kampung Sepinang, di mana Program Santuni MADANI: UiTM Bersama Komuniti Kg Sepinang telah berlangsung dengan jayanya.

Seawal jam 8.00 pagi, pelbagai aktiviti telah diatur dan dilaksanakan dengan penglibatan mesra daripada pelbagai lapisan komuniti Kampung Sepinang. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah Senamrobik bersama Unit Sukan UiTM, pemeriksaan kesihatan percuma oleh Fakulti Perubatan, Pergigian & Sains Kesihatan UiTM, pemeriksaan mata, ujian darah, dan klinik pergigian untuk komuniti.

Program ini memilih kampung halaman YBhg. Datuk Naib Canselor sebagai lokasi pelaksanaannya setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan. Bermula sekitar Mei 2025, program ini masih berjalan dengan lapan acara keseluruhan yang telah dilaksanakan. Semoga usaha murni ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti Kampung Sepinang.

Pada sebelah petang, program diteruskan dengan Majlis Pelancaran Program Santuni MADANI: UiTM Bersama Komuniti Kg Sepinang, yang diserikan dengan kehadiran YB Dato' Zahari Sarip (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor merangkap ADUN Buloh Kasap).

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. Prof. Madya Dr. Saunah Zainon (Menjalankan Fungsi Rektor UiTM Cawangan Johor), barisan Pengurusan Eksekutif UiTM, Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN), Pengurusan Kanan UiTM, serta wakil-wakil agensi kerajaan Daerah Segamat, Guru Besar SK Sepinang, Ketua Kampung, dan penduduk Kampung Sepinang.

Acara ini turut disemarakkan dengan tayangan montaj pelancaran, cabutan bertuah, sesi bergambar, dan doa selamat di Masjid Kg. Sepinang.

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Date

8 Ogos 2025

Files

530377128_1323597116438525_3820400007588248087_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Merentasi Kampus, Merangkul Komuniti: Hikmah Sebalik Program Santuni MADANI,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/83.

Output Formats

Geolocation