Lawatan Ketua Pustakawan ke PTAR UiTM Kampus Rembau

Dublin Core

Title

Lawatan Ketua Pustakawan ke PTAR UiTM Kampus Rembau

Description

Alhamdulillah, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih atas sambutan mesra daripada warga Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Rembau semasa kunjungan singkat saya ke sana, sebelum meneruskan perjalanan ke program bersama YBhg. Datuk Naib Canselor UiTM di Daerah Segamat.

Lawatan ini turut disambut oleh En. Mohd Hafiz bin Kasirun, Ketua Perpustakaan PTAR UiTM Kampus Rembau, yang telah berbesar hati mengiringi saya sepanjang lawatan. Saya berpeluang mendengar secara langsung perkembangan semasa, pencapaian serta inisiatif baharu yang sedang dijalankan oleh pasukan PTAR Rembau dalam memperkukuh peranan perpustakaan sebagai pusat rujukan dan sokongan akademik.

Saya amat menghargai komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh seluruh warga perpustakaan di sini dalam menyokong agenda Pembudayaan Ilmu serta memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra dan berkesan kepada warga kampus.

Semoga lawatan ini menjadi penyuntik semangat dan motivasi buat seluruh warga PTAR UiTM Kampus Rembau, serta memperkukuhkan sinergi dalam rangkaian Perpustakaan UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Globally Renowned, Locally Rooted

Source

https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1323192639812306

Date

8 Ogos 2025

Files

529843877_1323192883145615_5207652077895224300_n.jpg
529827816_1323192873145616_2443918502696997725_n.jpg
529769212_1323192933145610_7472074412891710256_n.jpg

Collection

Citation

“Lawatan Ketua Pustakawan ke PTAR UiTM Kampus Rembau,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed December 25, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/82.

Output Formats

Geolocation