Menjalin Silaturrahim Ilmu di Pusat Sumber KPT
Dublin Core
Title
Menjalin Silaturrahim Ilmu di Pusat Sumber KPT
Description
Putrajaya - Saya berpeluang mengadakan kunjungan kerja ke Pusat Sumber Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), sebuah ruang ilmu yang menjadi nadi kepada sokongan dasar pendidikan tinggi negara. Saya diiringi oleh En. Mohd Izwan Salim dari Bahagian Perpustakaan Digital PTAR UiTM Shah Alam.
Kehadiran kami disambut penuh mesra oleh Puan Rosmieni Che’ Mat, Ketua Pusat Sumber KPT bersama pasukannya yang berdedikasi. Sesi pertemuan ini bukan sahaja mempertemukan dua institusi maklumat, bahkan menyatukan pemikiran dan semangat keilmuan dalam mendepani cabaran era pendigitalan.
Kami berkongsi idea dan pengalaman mengenai pelbagai aspek pengurusan bahan digital perpustakaan – dari arkib digital, pembangunan kandungan, hinggalah kepada potensi besar platform seperti podcast sebagai medium penyampaian ilmu yang lebih dinamik dan berjangkau luas.
Saya percaya, dalam dunia yang semakin terhubung ini, perpustakaan tidak lagi sekadar tempat menyimpan bahan bacaan, tetapi harus menjadi pemangkin perubahan – menjana ilmu, mencipta kandungan dan membina jaringan. Lawatan seperti ini membuka ruang kerjasama yang lebih erat, sekaligus memperkukuh sinergi antara perpustakaan universiti dan institusi kerajaan.
Semoga lawatan ini menjadi titik mula kepada kerjasama lebih luas demi pembangunan ekosistem ilmu negara yang lebih inklusif, terbuka dan lestari.

Source
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1292368659561371
Date
3 Julai 2025
Collection
Citation
“Menjalin Silaturrahim Ilmu di Pusat Sumber KPT,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/87.