Menghargai Ilmu, Menjulang Profesionalisme: Jalinan Strategik PTAR dan Fakulti Sains Maklumat
Dublin Core
Title
Menghargai Ilmu, Menjulang Profesionalisme: Jalinan Strategik PTAR dan Fakulti Sains Maklumat
Description
Hari ini merupakan satu detik yang penuh makna apabila Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) menerima kunjungan hormat daripada Dekan Fakulti Sains Maklumat (FSM) Profesor Madya Dr. Hajah Norhayati Husin dan barisan kepimpinan Fakulti Sains Maklumat (FSM), UiTM Shah Alam sebuah fakulti yang amat dekat di hati saya secara peribadi.
Sebagai Ketua Pustakawan, saya menyambut dengan penuh penghargaan kehadiran para pendidik dan penggerak akademik daripada FSM, yang sebahagiannya merupakan guru-guru saya sendiri. Sesungguhnya, kunjungan ini bukan sekadar pertemuan rasmi, tetapi satu penghormatan yang mengangkat kembali nilai pendidikan, bimbingan dan tunjuk ajar yang saya terima dalam membentuk identiti profesional saya hari ini.
"Terima kasih kepada guru-guru saya terdahulu yang mengasuh, mendidik dan melatih. Kehadiran tuan-puan hari ini benar-benar memberi kekuatan untuk kami di PTAR terus bergerak seiring mendepani perubahan dan cabaran dunia kepustakawanan."
Pertemuan strategik ini telah membuka ruang perbincangan dinamik dalam memperkukuh jalinan kerjasama akademik, latihan serta penyelidikan. Kami di PTAR menyatakan komitmen penuh dalam menyokong visi FSM dalam melahirkan graduan maklumat yang bersedia menghadapi cabaran industri dari kepintaran digital, kemahiran metadata, kecekapan pengurusan maklumat hingga ke literasi data dan pemikiran analitik.
Saya optimis bahawa sinergi PTAR dan FSM ini akan menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam membina sebuah ekosistem ilmu yang lestari dan berimpak tinggi. Semoga segala inisiatif bersama ini akan terus memanfaatkan generasi kini dan akan datang selari dengan hasrat UiTM sebagai universiti unggul dunia.

Source
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1293280896136814
Date
4 Julai 2025
Collection
Citation
“Menghargai Ilmu, Menjulang Profesionalisme: Jalinan Strategik PTAR dan Fakulti Sains Maklumat,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/68.