Bengkel Forensik Repositori Institusi: Memperkasa Pengurusan Ilmu Digital Perpustakaan UiTM
Dublin Core
Title
Bengkel Forensik Repositori Institusi: Memperkasa Pengurusan Ilmu Digital Perpustakaan UiTM
Description
Pada 1 hingga 2 Julai 2025, Unit Pengurusan Repositori Institusi PTAR, UiTM Shah Alam telah menganjurkan bengkel khusus yang bertujuan untuk mempertingkatkan kecekapan pengurusan repositori institusi.
Saya berkesempatan bersama-sama peserta pada sesi bengkel tersebut. Dalam ucapan aluan, saya telah menekankan beberapa perkara strategik yang menjadi tunjang kepada pengurusan repositori institusi yang lebih berdaya saing dan berkesan selari dengan keperluan semasa.
Pertama, repositori institusi merupakan persona global perpustakaan. Ia bukan sekadar menyimpan hasil intelektual universiti, malah menjadi wajah UiTM di mata dunia. Dengan pengurusan yang teratur dan strategik, repositori ini berpotensi besar untuk memperkukuh reputasi institusi di peringkat global.
Kedua, saya tekankan kepentingan pematuhan metadata berkualiti. Metadata yang tepat dan konsisten adalah nadi kepada keberkesanan pengurusan bahan digital. Ia memastikan bahan-bahan yang dimuat naik boleh didapati dan diakses dengan mudah oleh pengguna serta mematuhi piawaian antarabangsa seperti Dublin Core.
Ketiga, repositori bukan sekadar ruang penyimpanan, tetapi berperanan sebagai pemangkin pemindahan ilmu. Ia mempercepatkan penyebaran hasil penyelidikan dan pengetahuan kepada warga universiti serta masyarakat umum, sekali gus menjadikan ilmu lebih terbuka, mudah diakses dan memberi nilai tambah kepada masyarakat.
Akhir sekali, saya menegaskan bahawa kelestarian aset intelektual universiti sangat bergantung kepada pengurusan repositori yang berterusan dan sistematik. Dengan itu, warisan ilmu yang terkandung dalam repositori akan terpelihara dan dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang.
Bengkel ini juga memberi peluang kepada para peserta untuk mengenalpasti cabaran dan mencari solusi praktikal bagi memastikan pengurusan repositori UiTM terus relevan dan berkembang seiring dengan kemajuan teknologi.
Sebagai Ketua Pustakawan, saya amat berbangga dengan semangat dan komitmen semua staf yang terlibat, dan yakin bahawa dengan usaha berterusan ini, PTAR akan terus memacu kecemerlangan dalam pengurusan ilmu digital universiti.

Source
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1291607546304149
Date
03 Julai 2025
Collection
Citation
“Bengkel Forensik Repositori Institusi: Memperkasa Pengurusan Ilmu Digital Perpustakaan UiTM,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/67.