Kembalinya Seorang Tokoh ke Rumah Ilmu.
Dublin Core
Title
Kembalinya Seorang Tokoh ke Rumah Ilmu.
Description
Hari ini PTAR menerima kunjungan istimewa YBhg. Dato’ Sri Ibrahim bin Ahmad, mantan Ketua Pengarah MARA, alumni ITM 1975, dan kini Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Kehadiran beliau ke sesi rakaman audio siar istimewa di Ruang Media PTAR membawa semangat luar biasa, kisah jatidiri, kepimpinan dan perjuangan ilmu.
Lebih menyentuh hati apabila beliau diberi peluang menyemak semula Fail Peribadi Pelajar ITM 1975, diserahkan oleh Pengarah Bahagian Arkib Universiti, satu momen yang memperkukuh makna perpustakaan sebagai pemegang warisan institusi.
Saya bersama rakan pengurusan PTAR turut mengiringi beliau meninjau ruang LCE, Koleksi Khas Jawi dan Sudut 3R. Lawatan ini mengingatkan kami bahawa perpustakaan adalah rumah ilmu yang menyambungkan masa lalu, kini dan masa depan.

Source
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1297110522420518
Date
9 Julai 2025
Collection
Citation
“Kembalinya Seorang Tokoh ke Rumah Ilmu.,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/69.