Menghargai Warisan: Lawatan ke Rumah Melayu Kelantan Tiang 12
Dublin Core
Title
Menghargai Warisan: Lawatan ke Rumah Melayu Kelantan Tiang 12
Description
Delegasi dari Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah berkesempatan mengunjungi pemilik Rumah Melayu Kelantan Tiang 12 yang berusia lebih 150 tahun di Kota Bharu. Lawatan ini merupakan satu pengalaman berharga terhadap satu lagi keunikan seni bina warisan Melayu yang tinggi nilai sejarah dan budaya. Berada di bawah bumbung rumah yang dibina menggunakan pasak kayu cengal tanpa sebarang paku, saya dapat merasai detik-detik perkembangan tamadun bangsa pada setiap ukiran dan susun atur ruang rumah itu. Ia bukan sekadar binaan fizikal, tetapi lambang identiti masyarakat Kelantan yang mempunyai akar sejarah mendalam, termasuk hubungan dengan golongan bangsawan dan alim ulama terdahulu.
Kami juga berpeluang menyelami perasaan pemilik rumah, Tuan Haji Johan Ariff, yang juga merupakan seorang alumni UiTM dan penulis buku yang aktif mendokumentasi sejarah dan budaya negeri. Kisah beliau yang mengembara ke lebih 100 negara untuk misi kemanusiaan antarabangsa amat menginspirasikan.
Kolaborasi kami dengan beliau membuka ruang untuk memanjangkan bentuk perkongsian dan pameran fotografi. Usaha ini mampu untuk mencapai perkara yang bermakna dan bernilai dalam kehidupan manusia, sama ada dari segi intelektual, sosial, atau moral. Inisiatif ini sejajar dengan peranan Perpustakaan hari ini yang menjadi pemangkin kepada penghasilan ilmu baharu dan kesedaran, melalui akses kepada pelbagai sumber, maklumat, dan wacana intelektual.

Source
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1289010376563866
Date
30 Jun 2025
Collection
Citation
“Menghargai Warisan: Lawatan ke Rumah Melayu Kelantan Tiang 12,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/63.