Menyantuni Tetamu Istimewa di Rumah Ilmu UiTM
Dublin Core
Title
Menyantuni Tetamu Istimewa di Rumah Ilmu UiTM
Description
Hari ini, saya berbesar hati menerima kunjungan tetamu istimewa ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam Tuan Syamsul Amri Ismail, atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat (SD), seorang penceramah motivasi tersohor dan juga Alumni Fakulti Undang-Undang UiTM, graduan tahun 2000.
Kehadiran beliau ke rumah ilmu ini disambut penuh penghargaan, dan lebih bermakna apabila beliau turut diberi peluang untuk melihat semula Fail Peribadi Pelajar beliau yang disampaikan oleh Puan Siti Salwa A. Rahman, Pustakawan Kanan, Bahagian Arkib Universiti (BARU). Suatu detik yang cukup mengimbau nostalgia dan menjadi simbol ikatan akrab antara alumni dan institusi ilmu yang pernah mendidik mereka.
Sebagai sebahagian daripada usaha memartabatkan budaya ilmu, saya turut membawa beliau melawat Sudut Koleksi Khas Jawi di Aras 4 PTAR sebuah koleksi bernilai tinggi yang mendokong warisan keilmuan Melayu dan Islam.
Semoga kunjungan ini menjadi inspirasi kepada warga kampus dan alumni untuk terus menjadikan perpustakaan sebagai pusat pertemuan ilmu, budaya, dan warisan sejajar dengan misi PTAR sebagai peneraju budaya ilmu di UiTM.

Source
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1279971397467764
Date
20 Jun 2025
Collection
Citation
“Menyantuni Tetamu Istimewa di Rumah Ilmu UiTM,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/62.