Budaya Ilmu Harus Diperkasa, Demi Negara dan Generasi Akan Datang

Dublin Core

Title

Budaya Ilmu Harus Diperkasa, Demi Negara dan Generasi Akan Datang

Description

Dalam suasana penuh berwibawa di Forum Keselamatan Negara 2025 yang diadakan di Library Community Engagement (LCE), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam, Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan, Ketua Pustakawan UiTM, menegaskan kepentingan program sebegini. Beliau menekankan bahawa forum ini bukan hanya relevan dengan isu semasa, malah penting untuk memupuk budaya ilmu dan pemikiran kritis dalam kalangan warga kampus.

"Perpustakaan bukan sekadar pusat ilmu, tetapi benteng awal ketahanan intelektual. Kita perlu memperkasakan literasi maklumat dan kecekapan membaca di era digital ini agar mahasiswa kita tidak mudah dipengaruhi naratif berasaskan manipulasi isu 3R (kaum, agama, dan raja). Justeru, program seperti Forum Keselamatan Negara ini wajar dijadikan platform pendidikan strategik secara berterusan," ujar beliau.

Sebagai simbolik komitmen PTAR terhadap pembangunan literasi intelektual, Ketua Pustakawan turut menyerahkan dokumen rasmi Program Bacaan Pantas Perpustakaan UiTM kepada dua ahli panel terhormat:

  • YDH DCP Dato' Mohammad Shaharul Md Osman, Ketua Penolong Pengarah E2, Cawangan Khas Bukit Aman, PDRM

  • YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohamed Sulaiman Sultan Suhaibuddeen, Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian, MCMC

Penyerahan ini melambangkan sokongan bersama dalam meningkatkan keupayaan membaca pantas dan pemahaman maklumat dalam kalangan pelajar. Inisiatif ini penting dalam usaha mencegah pengaruh salah guna maklumat yang semakin berleluasa. Program Bacaan Pantas ini adalah sebahagian daripada inisiatif PTAR untuk menyokong agenda "1 Warga, 24 Naskhah Bacaan" dan memperkasakan warga UiTM untuk menilai serta membezakan maklumat sahih dengan manipulatif, sekali gus menangani ancaman eksploitasi 3R.

Source

https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1290004759797761?ref=embed_post

Date

1 Julai 2025

Files

514519639_1290004789797758_626431302718008005_n.jpg
514199422_1290004906464413_4433597638435918003_n.jpg
514640598_1290005079797729_5448552929115929828_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Budaya Ilmu Harus Diperkasa, Demi Negara dan Generasi Akan Datang,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed December 25, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/64.

Output Formats