Bicarawara Strategi Siri 1/2025 Pengurusan Pengatahuan: Peranan Perpustakaan Mengarusperdanakan Inisiatif Penyelidikan dan Penerbitan di UiTM

Dublin Core

Title

Bicarawara Strategi Siri 1/2025 Pengurusan Pengatahuan: Peranan Perpustakaan Mengarusperdanakan Inisiatif Penyelidikan dan Penerbitan di UiTM

Description

Alhamdulillah, memenuhi jemputan sebagai panel untuk siri pertama Bicarawara Strategi anjuran sahabat dari Pejabat Transformasi Universiti dengan kerjasama Pejabat Komunikasi Strategik pagi tadi di Strategy War Room, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin.

Hampir 2 jam membicarakan pengalaman Perpustakaan UiTM bersama pemudahcara, Dr Mohd Ridwan Seman @ Kamarulzaman, Ketua Pengurusan Maklumat & Data Analitik, Pejabat Transformasi Universiti.

Pengalaman terbukti mendewasakan transformasi Perpustakaan UiTM. Berkongsi peranan perpustakaan dalam pengurusan pengetahuan di UiTM, strategi dan inisiatif dalam menyokong aktiviti penyelidikan dan penerbitan serta memahami cabaran dan peluang dalam memperkasakan perpustakaan sebagai pusat rujukan ilmu dan inovasi.

Soalan yang kerap dilontarkan, apakah inspirasi kami dalam mendepani perpustakaan kalis zaman. Rujukan saya dalam perkara ini adalah karya Perpustakaan dan Perkembangan Tamadun oleh Syed Hussein Alatas. Beliau mengangkat peranan perpustakaan sebagai pusat pertemuan intelektual yang mampu menghasilkan idea-idea yang mengubah hala tuju dunia. Cukup untuk memberi kekuatan kepada Perpustakaan UiTM untuk memberi yang terbaik kepada warga UiTM dan komuniti.

Rezeki hari ini juga berpeluang bertemu insan hebat Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad (Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja) dan Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan (Penyandang Kursi Raja-Raja Melayu UiTM).

Source

https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1174272464704325

Date

20 Februari 2025

Files

494910297_1239168158214755_3212280548435045230_n.jpg
494203112_1239168054881432_1084381100428953601_n.jpg
494268809_1239168134881424_619289365464939712_n.jpg
494202138_1239168141548090_7246889868527873542_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Bicarawara Strategi Siri 1/2025 Pengurusan Pengatahuan: Peranan Perpustakaan Mengarusperdanakan Inisiatif Penyelidikan dan Penerbitan di UiTM,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/48.

Output Formats