Perkongsian Ilmu Pembangunan Repositori dan Tadbir Urus Geleri Perpustakaan Tun Abdul Razak bersama Knowledge Management Centre (KMC) INCEIF University

Dublin Core

Title

Perkongsian Ilmu Pembangunan Repositori dan Tadbir Urus Geleri Perpustakaan Tun Abdul Razak bersama Knowledge Management Centre (KMC) INCEIF University

Description

Alhamdullilah, hari ini menerima kumpulan sahabat seramai 9 orang dari Knowledge Management Centre, INCEIF University di rumah ilmu Perpustakaan UiTM yang diketuai oleh Encik Mohd Hasnol Mohd Yunus.

Kali ini, perkongsian ilmu dan rezeki kepakaran untuk dikongsi bersama KMC sebagai panduan membangunkan galeri, arkib dan repositori yang berkualiti.

Pengalaman menerajui pengurusan galeri universiti sedikit sebanyak boleh membantu KMC untuk menyediakan hala tuju yang strategik di samping berfungsi sebagai hub maklumat yang dirujuk.

Matlamat yang jelas juga akan mencorakkan nilai dan keberkesanan ilmu yang disampaikan dalam mengurus galeri yang berimpak kepada universiti dan komuniti. Kami bawakan fungsi tadbir urus yang terbaik melalui Galeri Tun Abdul Razak dan Galeri Tuanku Nur Zahirah.

Semoga pertemuan hari ini membantu KMC melihat gambaran yang terbaik dari sudut profesion kepustakawanan dan pengurus maklumat dalam usaha membina tadbir urus yang terbaik.

Source

https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1172655581532680

Date

18 Februari 2025

Files

494866260_1238756361589268_1378854552312993826_n.jpg
494872185_1238756388255932_8028760078353628233_n.jpg
494971727_1238756331589271_3997803566369066043_n.jpg
494430513_1238756374922600_703836590698974868_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Perkongsian Ilmu Pembangunan Repositori dan Tadbir Urus Geleri Perpustakaan Tun Abdul Razak bersama Knowledge Management Centre (KMC) INCEIF University,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/47.

Output Formats