Perpustakaan UiTM bakal lancar pengajaran literasi atas talian berpandukan teknologi kecerdasan buatan

Dublin Core

Title

Perpustakaan UiTM bakal lancar pengajaran literasi atas talian berpandukan teknologi kecerdasan buatan

Description

Alhamdullilah, menyertai warga Perpustakaan UiTM di Bengkel Information Literacy: Physical to Online yang berlangsung selama dua hari di PTAR UiTM Shah Alam. Bengkel berjaya dihadiri seramai 40 orang Instruktor Program Literasi Maklumat yang terdiri daripada Staf Pengurusan dan Profesional dan juga Staf Pelaksana Perpustakaan UiTM. Sebanyak 9 Modul Program Literasi Maklumat dibangunkan bagi membantu meningkatkan kemahiran dalam penyediaan bahan pengajaran literasi atas talian secara berkesan berpandukan teknologi kecerdasan buatan.

Hasrat utama adalah untuk membangunkan kandungan modul bagi penyediaan bahan pengajaran literasi atas talian secara berkesan. Seterusnya, ia bakal menghasilkan kandungan modul yang lebih berkualiti bagi modul sedia ada dan yang baharu untuk warga UiTM.

Peluang ini memberi makna kepada Perpustakaan UiTM untuk mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan dalam pembangunan bahan pengajaran literasi maklumat.

Saya berharap pembangunan modul dengan suntikan Artificial Intelligence (AI) memenuhi elemen Input, Process, Outcome, Output dan Impact (IPOOI) yang perlu ada pada setiap modul yang dihasilkan bagi mengenalpasti tahap literasi maklumat di kalangan pengguna perpustakaan.
Dengan tema Future Library Learning, pembangunan literasi ini akan memacu pembelajaran digital dan fleksibel yang mencakupi semua kelompok pengguna perpustakaan,

Pastinya akan menemui semua warga UiTM tidak lama lagi.

Source

https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1178532594278312

Date

24-25 Februari 2025

Files

494883221_1239189898212581_3687040887007797479_n.jpg
494993811_1239190251545879_1244945647206710732_n.jpg
494524881_1239190154879222_8769896778007742145_n.jpg
494405415_1239189814879256_3353914997681731140_n.jpg

Collection

Citation

“Perpustakaan UiTM bakal lancar pengajaran literasi atas talian berpandukan teknologi kecerdasan buatan,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/49.

Output Formats