Pelajar Antarabangsa dari Universiti Walailak, Thailand tamat Latihan Industri di PTAR
Dublin Core
Title
Pelajar Antarabangsa dari Universiti Walailak, Thailand tamat Latihan Industri di PTAR
Description
Noppawit Lueangworakit selesai menjalani 29 minggu latihan industri di Perpustakaan Tun Abdul Razak bermula Mei 2024. Peluang latihan industri ini adalah hasil kerjasama antarabangsa antara Universiti Walailak, Jabatan Hal Ehwal Antarabangsa, UiTM Global, dan Perpustakaan Tun Abdul Razak yang bertujuan memberikan pengalaman dunia sebenar kepada pelajar dalam pengurusan perpustakaan secara profesional. Program ini turut memfokuskan pada pengukuhan kemahiran insaniah seperti komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan.
Sepanjang latihan, pelajar turut didedahkan kepada ilmu pengetahuan, kemahiran praktikal, dan nilai insaniah terkini untuk memastikan mereka menerima input berguna yang relevan dengan pembelajaran, tugasan, dan perkhidmatan di perpustakaan.
Kecekapan dan dedikasi Noppowit yang memiliki latar belakang pengajian dalam Digital Content and Media menunjukkan potensi besar sebagai profesional dalam bidangnya.
Kami mengucapkan tahniah kepada Noppowit atas pencapaian dan sumbangan sepanjang latihan industri ini, dan berharap beliau terus maju jaya dalam perjalanan kerjaya dan akademiknya.

Source
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1110495841081988
Date
30 November 2024
Collection
Citation
“Pelajar Antarabangsa dari Universiti Walailak, Thailand tamat Latihan Industri di PTAR,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/23.