PTAR sebagai PTJ pertama Kunjungan Hormat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2024/2025
Dublin Core
Title
PTAR sebagai PTJ pertama Kunjungan Hormat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2024/2025
Description
Alhamdullilah, barisan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA Shah Alam sesi 2024/2025 mengunjungi rumah ilmu tengah hari tadi diketuai oleh Saudara Muhammad Haziq bin Sabri (Yang DiPertua) bersama 10 orang ahli terdiri dari Majlis Tertinggi dan Exco Jawatankuasa yang lain.
Saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah ke atas pelantikan barisan baharu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam Sesi 2024/2025 dan berkongsi pencapaian terbaik kolaborasi pada tahun ini bersama mantan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2023/2024 yang lalu. Mantan sesi 2023/2024 yang diterajui oleh saudara Amir Nur Rashid Lizam telah meletakkan pencapaian kolaborasi yang terbaik bersama PTAR. Oleh itu, legasi yang cemerlang diharapkan akan diteruskan oleh lantikan yang baharu ini.
Turut diketengahkan adalah Sukarelawan Perpustakaan serta Pembudayaan Ilmu yang menjadi strategi utama siri kolaborasi kali ini. Perkara ini akan diberi keutamaan dan perpustakaan sedia menyokong apa jua program yang akan memberi impak serta nilai kepada warga universiti khususnya kepada mahasiswa.
Saudara Haziq memberi jaminan, pembudayaan ilmu dalam kalangan mahasiswa akan diberi penekanan untuk menyediakan generasi yang intelektual.
Semoga dengan izin-Nya, sesi kunjungan hormat ini peroleh keberkatan dan dipandu oleh hikmah dan kebijaksanaan.

Source
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1112186054246300
Date
2 Disember 2024
Collection
Citation
“PTAR sebagai PTJ pertama Kunjungan Hormat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2024/2025,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/24.