Pemerkasaan Seni Tulisan Jawi oleh PTAR menjadi tumpuan sempena Setahun Naib Canselor 7 Bersama UiTM : Kebersamaan Mencorak UiTM Melangkah Jauh
Dublin Core
Title
Pemerkasaan Seni Tulisan Jawi oleh PTAR menjadi tumpuan sempena Setahun Naib Canselor 7 Bersama UiTM : Kebersamaan Mencorak UiTM Melangkah Jauh
Description
Alhamdullilah, menyertai barisan Pengurusan Eksekutif dan warga UiTM di DATC pagi tadi sempena Setahun Naib Canselor 7 Bersama UiTM : Kebersamaan Mencorak UiTM Melangkah Jauh.
Naib Canselor berkongsi nilai dan makna setiap pencapaian universiti hasil dari kebersamaan warga universiti dalam menjayakannya. Amanah dalam setiap nadi membuktikan DNA UiTM yang mengalir dalam setiap warga universiti walau sekecil zarah.
Dalam ucapan Naib Canselor turut menyebut usaha memperkasakan seni tulisan jawi melalui Repositori Persuratan Jawi dan Koleksi Khas Jawi untuk rujukan warga universiti. Tulisan Jawi bukan sekadar alat komunikasi, tetapi juga simbol identiti budaya dan agama masyarakat Melayu yang perlu dipelihara terutama generasi muda kini.
Sebagai rumah ilmu yang menjana dan memelihara pengetahuan, perpustakaan turut berusaha membangunkan Repositori Khas Khazanah Melayu yang menghimpunkan ilmu berkenaan bangsa Melayu.
Apa yang kita miliki hari ini bermula dari asal usul kita pada suatu ketika dahulu. Insya-Allah, usaha penjanaan ilmu ini yang didukung dengan nilai akan membina bangsa yang menghargai serta bersyukur.

Source
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1110137127784526
Date
29 November 2024
Collection
Citation
“Pemerkasaan Seni Tulisan Jawi oleh PTAR menjadi tumpuan sempena Setahun Naib Canselor 7 Bersama UiTM : Kebersamaan Mencorak UiTM Melangkah Jauh,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/22.