PTAR : PTJ pertama jalani latihan Digital Document Management System (DDMS) 2.0
Dublin Core
Title
PTAR : PTJ pertama jalani latihan Digital Document Management System (DDMS) 2.0
Description
Alhamdullilah, menyertai latihan DDMS 2.0 anjuran Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA bersama-sama 53 orang staf PTAR terdiri daripada Pendaftar Rahsia, Pegawai Pengelas, Pegawai Rekod Jabatan, Pembantu Tadbir Rekod Jabatan dan Pentadbir Sistem.
Latihan intensif ini merangkumi beberapa sesi utama bersama Information Workers, pengguna sistem, Pentadbir Sistem serta Pengurus Rekod diikuti dengan pelaksanaan Go Live bagi DDMS 2.0 yang dikendalikan oleh Puan Siti Noorafishah binti Abd Latif (Penolong Pengarah), Puan Rosnani Abdul Karim (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan) dan Puan Nur Fazilah binti Ahmad (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan) daripada Jabatan Digital Negara.
Hasrat utama adalah bagi memastikan kesediaan dan kefahaman yang jelas terhadap penggunaan DDMS 2.0 untuk pengurusan rekod jabatan dan universiti. Projek ini merupakan salah satu daripada inisiatif di bawah National Key Economics Area (NKEA), Communications, Content and Infrastructure (CCI), Entry Point Project (EPP) 6, eGovernment – Paperless Government yang diterajui oleh Jabatan Digital Negara sebagai pembangun sistem dan Arkib Negara Malaysia bertindak sebagai pakar rujuk dalam bidang pengurusan rekod.
Hasil dari aplikasi elektronik ini akan menjamin pengurusan rekod sentiasa dalam keadaan tersedia dan efisien. Pastinya, ilmu ini akan diperluas kepada semua warga universiti tidak lama lagi.

Source
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1108490084615897
Date
26 - 27 November 2024
Collection
Citation
“PTAR : PTJ pertama jalani latihan Digital Document Management System (DDMS) 2.0,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/21.