Pemindahan ilmu amalan terbaik PTAR bersama Jabatan Sumber Pendidikan, Institut Aminuddin Baki (IAB)

Dublin Core

Title

Pemindahan ilmu amalan terbaik PTAR bersama Jabatan Sumber Pendidikan, Institut Aminuddin Baki (IAB)

Description

Kumpulan dari IAB diketuai oleh saudara Marwanul Hakim bin Mohd Noh bersama 5 orang staf Perpustakaan Aminuddin Baki Induk hadir ke rumah ilmu pagi tadi untuk melihat kepada kecemerlangan dalam pengurusan perpustakaan digital serta membina jaringan kerjasama strategik.

Banyak perkara yang dikongsi oleh pembangun sistem dan pakar perpustakaan digital diketuai oleh Pengarah Bahagian Digital Perpustakaan, Encik Arshad bin Bujang. Antaranya portal perpustakaan, UiTM Digital Library Model, MyKnowledge Management dan UiTM Institutional Repository.

Seterusnya, kumpulan pelawat dari IAB dibawa melihat Koleksi Khas Jawi dan @Galeri Tun Abdul Razak

Lawatan penanda arasan strategik ini bukan sahaja dapat memperkasa peranan perpustakaan dalam menyokong pendidikan dan latihan, malah membantu menyemarakkan budaya kecemerlangan dalam pengurusan maklumat di peringkat lebih tinggi.

Source

https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1107562168042022

Date

26 November 2024

Files

493604619_1236408978490673_2817594085863686873_n.jpg
493666760_1236408911824013_3901349440078965191_n.jpg
494617923_1236408828490688_6819144177956862004_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Pemindahan ilmu amalan terbaik PTAR bersama Jabatan Sumber Pendidikan, Institut Aminuddin Baki (IAB),” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/20.

Output Formats