Hala tuju dan peranan Jawatankuasa Kumpulan Fokus Khas Rekod dan Arkib Universiti Awam
Dublin Core
Title
Hala tuju dan peranan Jawatankuasa Kumpulan Fokus Khas Rekod dan Arkib Universiti Awam
Description
Alhamdullilah, mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Fokus Khas Rekod dan Arkib Universiti Awam di Perpustakaan UPSI Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak pada hari ini dengan kehadiran ahli-ahli Jawatankuasa Universiti Awam secara fizikal dan atas talian. Turut serta Encik Ahamad Zuber Mohamaed, Pengarah dan sahabat - sahabat dari Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA.
Mesyuarat membincangkan agenda penting berkaitan pengurusan rekod dan arkib di universiti awam serta strategi pemeliharaan bahan arkib, integrasi sistem rekod, dan peningkatan capaian akses kepada maklumat penting.
Insya-Allah, pelaksanaan hala tuju akan diperluas untuk memperkukuh kerjasama antara universiti awam dalam pengurusan rekod dan arkib, dengan menekankan kepentingan bahan arkib sebagai sumber rujukan dan warisan universiti yang perlu dijaga rapi.
Terdahulu pada 20 November 2024, Bahagian Arkib Universiti menyertai Taklimat Pengurusan Permuziuman dan Galeri : Menyemarakkan Warisan dan Seni oleh Dr. Fareez bin Vincent Amos @ Mohd Fadly, Timbalan Pengarah (Permuziuman & Galeri), Institut Peradaban Melayu, UPSI, Taklimat Pengurusan Koleksi Khas & Arkib UPSI serta lawatan ke Perpustakaan Tuanku Bainun, Muzium Pendidikan Nasional, Rumah Za'ba Lawatan dan Galeri Seni.

Source
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1105885124876393
Date
21 November 2024
Collection
Citation
“Hala tuju dan peranan Jawatankuasa Kumpulan Fokus Khas Rekod dan Arkib Universiti Awam,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/19.