ISO 9000 adalah satu standard bertulis yang menetapkan dan menerangkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam sistem pengurusan kualiti bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Perpustakaan Tun Abdul Razak telah mengambil inisiatif dan usaha ke arah melaksanakan peralihan kepada keperluan baharu dengan mengubah dan membuat pindaan terhadap keseluruhan dokumen kualiti, prosedur dan arahan kerja selaras dengan piawaian terkini iaitu MS ISO 9001:2015 pada 16 Mac 2017. Perpustakaan Tun Abdul Razak telah memperoleh pensijilan ISO 9001:2015 pada 2 Mac 2018 dari Lloyd’ s Register Quality Assurance LRQA).
Approval number(s): ISO 9001 - 0048803 | ISO 9001:2015 No. Sijil : 0048803 |
Kutipan sumbangan derma wang tunai ini adalah berdasarkan pengecualian cukai pendapatan yang telah digariskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di bawah peruntukan subseksyen 44 (8) Akta Cukai Pendapatan 1967 berkenaan Hadiah Wang Untuk Kemudahan Perpustakaan. Sumbangan derma berbentuk wang tunai ini adalah tidak melebihi RM20,000.00 dan penyumbang layak mendapat pengecualian cukai pendapatan di bawah akta tersebut.
Walaubagaimanapun, penyumbang yang ada menjalankan perniagaan dan layak menuntut potongan di bawah perenggan 34 (6) (g), ACP maka penyumbang berkenaan tidak layak mendapat potongan di bawah subseksyen 44 (8), ACP.
Perpustakaan Universiti Teknologi MARA telah menggariskan satu inisiatif penjanaan pendapatan universiti melalui sumbangan derma wang tunai untuk kemudahan perpustakaan dari warga UiTM serta pihak luar. Sumbangan derma wang tunai ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana dan seterusnya membuka peluang kepada orang ramai, orang perseorangan, alumni termasuk warga UiTM untuk turut sama menyumbang bagi menghasilkan pengembangan ilmu dalam bidang pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan demi membina masa depan ilmuan terbilang.Objektif utama sumbangan derma wang tunai ini adalah:
Bahagian Komunikasi Korporat
Perpustakaan Tun Abdul Razak
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia
03 5543 8581 | 03 55211701 | Perkhidmatan Perundingan | |
03 5521 1704 | Mohd Alfarabie Bin Mohd Nasir | |
korporatptar@uitm.edu.my | |
Sertai saluran Telegram - @uitmlibrary | |
Klik di sini untuk paparan QR Code |