Puncak Alam, 23 Mei 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam akan menganjurkan Sesi Perjumpaan Bersama Sukarelawan Perpustakaan pada Jumaat, 23 Mei 2025, bertempat di ruang utama PTAR Kampus Puncak Alam. Program ini dijadualkan bermula pada jam 3.00 petang.
Program ini bertujuan untuk menghargai sumbangan para sukarelawan perpustakaan serta memperkukuh jaringan kerjasama antara pihak perpustakaan dan para sukarelawan. Ia juga merupakan platform bagi pihak pengurusan perpustakaan untuk berkongsi perancangan dan inisiatif baharu serta mendapatkan maklum balas secara terus daripada para sukarelawan.
Sukarelawan perpustakaan yang hadir akan diberikan e-merit sebagai pengiktirafan atas penyertaan mereka dalam sesi ini.
Semua sukarelawan dijemput hadir bagi memeriahkan program ini dan seterusnya mengeratkan silaturahim dalam komuniti perpustakaan yang semakin berkembang.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pihak pengurusan PTAR Kampus Puncak Alam.