Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail (KF) UiTM Cawangan Terengganu

Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail (KF) UiTM Cawangan Terengganu

ππ„ππ†πŠπ„π‹ ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π πŠπ‹π€π’πˆπ…πˆπŠπ€π’πˆ π…π€πˆπ‹ (πŠπ…) π”π’π“πŒ 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔
πŸ—“οΈ Tarikh : 08-09 April 2025 (Selasa-Rabu)
⏰ Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
πŸŽ™οΈ Penceramah : Pn. Azniza Binti Mohamad Nor, Penolong Pendaftar Kanan
πŸ“Lokasi : Sudut AZKA @ Library Community Engagement (LCE), PCUiTMCT Kampus Dungun
Unit Arkib UiTMCT telah melaksanakan Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail secara bersemuka berhubung pelaksanaan migrasi sistem klasifikasi fail lama ke sistem klasifikasi fail baharu bagi fail Urusan Am dan fail Urusan Fungsian. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Azniza binti Mohamad Nor (Penolong Pendaftar Kanan) daripada Unit Perkhidmatan Rekod, Bahagian Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam.
Objektif bengkel ini juga adalah untuk memberikan kefahaman terutamanya dalam kalangan Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) berkenaan dengan pembangunan sistem klasifikasi baharu berdasarkan fungsi, aktiviti dan transaksi yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan, Puan Azniza Binti Mohamad Nor (Penolong Pendaftar Kanan) serta Cik Noor Syafika Binti Zulkifeli (Pegawai Eksekutif) selaku fasilitator di atas perkongsian ilmu yang telah disampaikan. Setinggi-tinggi penghargaan khusus buat kesemua peserta dari ketiga-tiga kampus UiTMCT yang terlibat di atas komitmen yang jitu sehingga bengkel ini dapat disempurnakan dengan jayanya.
Sumber : Lensa UiTM Terengganu

Please publish modules in offcanvas position.