Kami dari Perpustakaan Tun Dr. Ismail, UiTM Cawangan Johor ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Adilifitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua.
Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan, dan mengeratkan lagi silaturahim. Nikmatilah hari raya dengan penuh kegembiraan bersama keluarga dan orang tersayang. 💖🏡
Bagi yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Pandu dengan cermat, ingatlah orang tersayang yang menanti di rumah. 🚗💨
Kali ini, warga Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) kembali dengan sebuah video komedi khas sempena Hari Raya Aidilfitri! 🌙✨
Apa yang sebenarnya berlaku di stor perpustakaan? 🤔 Dua orang staf kantoi melakukan sesuatu yang mencurigakan... tapi jangan risau, semuanya dalam semangat gurauan dan hiburan! 😂 Saksikan kisah penuh kejutan ini yang diakhiri dengan ucapan khas Hari Raya daripada kami di PTDI.
Jangan lupa LIKE, KOMEN & SUBSCRIBE untuk lebih banyak konten menarik! 📚🎉