Bengkel AI Generatif : Transformasi Gaya Kerja Untuk Produktiviti

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / Tuan / Puan,

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh akan mengadakan Bengkel AI Generatif: Transformasi Gaya Kerja Untuk Produktiviti. Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi panduan praktikal tentang cara mengintegrasikan AI generatif dalam proses kerja organisasi atau individu dengan lebih berkesan.

Butiran bengkel adalah seperti berikut :

Tarikh : 14 Januari 2025 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat : Pusat IT, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh
Pembimbing : Dr. Suhailah Mohamed Noor, Pensyarah UiTM & Pendidik AI

Apa yang akan anda pelajari?🤔🤔
🤖Kaedah penulisan prompt
🤖Penyediaan kertas kerja program dan laporan program dengan cara mudah
🤖Penyediaan emel rasmi
🤖Merumuskan dokumen panjang dan menjana poin utama

eSijil, jam Latihan (Warga UiTM) dan modul bengkel disediakan



Pautan Pendaftaran :

https://forms.gle/dRj5myo6knHPrj9z9 (Warga UiTM)

https://forms.gle/311c6WYHHqHqWUDy9 (Komuniti Luar)

Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 7 Januari 2025 (Selasa).

Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Nur Azriena Yusuf di talian 04-3822739.

Sekian, terima kasih.

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian
 

Please publish modules in offcanvas position.