Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Majlis Kemuncak Program CSR : Ilmu Mengubah Destini (IMD) PTAR 2018

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Program Ilmu Mengubah Destini (IMD) anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam bersama Perpustakaan Tun Abdul UiTM Melaka dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka merupakan salah satu usaha untuk mentransformasikan pembangunan Pusat Sumber Sekolah Menengah ke arah mewujudkan Pusat Sumber yang berprestasi tinggi demi menyokong Pembelajaran Abad ke-21.

Program Kemuncak CSR: IMD PTAR bagi tahun 2018 : 

Tarikh : 18 Oktober 2018

Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’Abdul Rahman Y’kub,Melimau,Melaka

 

Objektif Program

i.Mentransformasikan pusat sumber sekolah  dengan melengkapkan kemudahan koleksi dan fizikal Pusat Sumber Sekolah selari dengan era digital dan ICT abad ke-21.

ii.Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam menghasilkan semangat yang positif.

iii.Meningkatkan kemahiran di dalam memperolehi, menilai dan menggunakan maklumat bagi pembelajaran sepanjang hayat (life long learning).

iv.Meningkatkan pentadbiran dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah agar di laksanakan dengan cara yang professional berdasarkan piawaian-piawaian yang ditetapkan.

 

Program ini seiring dengan aspirasi Universiti Teknologi MARA untuk meningkatkan taraf pendidikan bumiputera melalui Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB), Gerakan Program Khidmat Masyarakat PTAR telah dijenamakan semula sebagai Program llmu Mengubah Destini (IMD) yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam bersama dengan Perpustakaan – Perpustakaan UiTM Kampus Negeri dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

via Blogger https://ift.tt/2pS9GQl https://ift.tt/2IVzJPC

 

Select

Contact Us

Corporate Communication Division
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5543 8581 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5521 1704 | Corporate Division
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian