Tuan Pengerusi, Y.B. Tun Sambanthan dan Toh Puan, Tuan-tuan Yang Terutama, Tuan Arne Stein, Tuan-tuan dan Puan-puan.
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Syarikat Telecommunication Manufacturers Berhad atas jemputan mereka kepada saya dan isteri saya petang ini. Seterusnya saya merasa adalah satu penghormatan yang besar bagi saya kerana diminta merasmikan pembukaan kilang Syarikat ini.
Sepertimana yang kita sedia maklum negara kita sedang berusaha mempastikan kemajuan di lapangan perindastrian. Kita telah menyediakan berbagai-bagai kemudahan untuk menarik investment dari luar negeri, disamping memberikan seberapa banyak incentive bagi mencapai maksud ini. Saya berpuas hati, sehingga hari ini usaha-usaha kita ke arah perindastrian itu mendapat sambutan baik dari negara-negara sahabat, di antaranya Sweden. Ini dengan sendirinya membuktikan bahawa keyakinan kita terhadap diri sendiri dan kesanggupan kita mengatasi masaalah rumah tangga turut meyakinkan negara-negara sahabat pada kestabilan Malaysia ini dan meyakinkan mereka juga iaitu investment mereka di sini adalah terjamin untuk membawa munafaat kepada kedua-dua pihak.
Bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya suka menyatakan rasa penghargaan kepada Kerajaan Sweden dan pengusaha-pengusaha khasnya Messrs B. M. Ericsson atas bantuan dan kerjasama mereka terhadap perkembangan dan kemajuan industry negara kita. Saya percaya dan berani menjaminkan kepada Messrs Ericsson bahawa keputusannya menanamkan modal di Malaysia ini amat bertepatan dengan masanya, iaitu sewaktu kita berada di ambang permulaan dalam Perancangan Ekonomi Lima Tahun Kedua menurut Dasar Ekonomi Baru bagi negara ini.
Seperti yang telah kerap kali saya tegaskan pada masa-masa yang lepas, syarat mutlak bagi menjamin kestabilan negara ialah dengan mengekalkan economic growth pada kadar sekarang. Kita akan berusaha seberapa boleh meninggikan kadar itu, dan nampaknya ada trend ke arah naiknya kadar economic growth pada masa hadapan, dengan memperluas lagi bidang pertanian dan perindastrian. Dalam perancangan itu kita berharap dapat memperluas peluang-peluang bekerja bukan saja bagi penduduk-penduduk bandar-bandar yang besar bahkan juga penduduk-penduduk bandar-bandar yang kecil dari semua bangsa. Inilah cara yang berkesan untuk menjamin supaya dapat dilaksanakan penyusunan masyarakat kita—restructuring of our society—iaitu membawa lebih ramai orang-orang Melayu ke lapangan perdagangan dan perindastrian, menamatkan keadaan terdapat pada masa identification of vocation with race dan seterusnya mencapai objektif iaitu mengsaimbangkan ekonomi antara kaum-kaum untuk perpaduan yang sebenarnya.
Tuan-tuan dan Puan-puan: Kemajuan negara kita sejak Merdeka adalah dicerminkan juga oleh perkembangan perkhidmatan talikom untuk orang ramai. Tidaklah salah kalau saya katakan bahawa dalam masa yang singkat kelak, talipon akan menjadi keperluan— bukan lagi luxury—bagi setiap rumah, sama seperti radio dan talivisyen. Jadi, adalah mustahak perkhidmatan talipon ikut sejajar dengan kemajuan pembangunan negara, terutama di bandar-bandar kecil dan kawasan luar bandar, supaya terdapat kemudahan perhubungan serta-merta baik dalam urusan-urusan Kerajaan, mahu pun dalam urusan-urusan lain lebih-lebih lagi urusan perdagangan.
Saya sukacita menyatakan di sini iaitu sejak Jabatan Talikom di Malaysianised sepenuhnya pada tahun 1965, pegawai-pegawai dan jurutera-jurutera kita di Jabatan itu telah pun membuat rancangan bagi memenuhi keperluan-keperluan perkhidmatan talikom seluruhnya. Satu blue-print bagi sistem Talipon Malaysia telah pun disiapkan dengan matlamat untuk complete automisation rangkaian talipon negara yang akan membolehkan Subscribers Trunk Dialling bagi seluruh negara di bandar-bandar besar dan kecil hinggakan di kampung-kampung juga.
Sudah tentu matlamat ini akan mengambil masa kerana menghendaki perancangan yang teliti dan sempurna. Alat-alat yang diperlukan hendaklah dibuat menurut ketentuan-ketentuan System Planning khususnya memenuhi keadaan-keadaan dan keperluankeperluan negara. Berdasarkan syarat yang dikenakan oleh Jabatan Talikom, pembekal-pembekal alat-alat talikom antarabangsa telahpun dipelawa membuat tender dan sistem Ericsson terpilih setelah dibuat kajian yang menyeluruh antara semua pembekal-pembekal itu. Alat-alat yang dipilih itu ialah "crossbar type" yang diketahui lebih tinggi mutunya dari segi technique dan sistem philosophy berbanding dengan "step-by-step system" yang digunakan pada masa itu.
Dengan penukaran jenis alat ini, Malaysia akan mengembang dan meninggikan lagi perkhidmatan talipon berasaskan Switching System yang baru. Jabatan Talikom kita akan membangunkan integrated Telephone Switching Network bagi seluruh negara untuk perkhidmatan yang moden, setanding dengan negara-negara barat yang sudah maju.
Bagi memenuhi keperluan-keperluan masa hadapan ini dalam masa kita menghendaki persediaan bekalan alat-alat kelengkapan pada bila-bila masa, Kerajaan sedar mustahaknya diadakan sebuah kilang ini bukan saja berfaedah kepada negara kerana membuktikan peluang-peluang bekerja dan memberikan latihan-latihan kemahiran kepada orang-orang kita, di samping itu negara dapat pula menjimatkan foreign exchange kerana alat-alat itu tidak perlu diimpot lagi. Saya berasa sukacita kerana kita berhimpun di sini petang ini untuk bersama-sama menyaksikan pelancaran phase pertama kilang Telecommunication Manufacturers Berhad ini yang pernah didirikan di negara kita. "Adalah menjadi harapan saya juga bahawa kilang ini akan memperluaskan scope perusahaannya di samping membuat switching equipment, juga membuat alat-alat perhubungan yang lain.
Saya mengulangi lagi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Messrs L. M. Ericsson yang bersedia menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan kita dan membukakan pintu pengetahuan mereka kepada orang-orang kita, kepada jurutera-jurutera kita khasnya, dalam bidang telecommunication. Kita bersama-sama mengharapkan semoga perkongsian antara Sweden/Malaysia itu akan membawa hasil yang besar kepada kedua negara.
I am glad that Messrs L. M. Ericsson of Sweden have come forward with their extensive know-how and research facilities in this ever expanding and progressive field of telecommunications and have set up this modern factory. I am particularly pleased to announce that in this venture the Government has decided to enter n a partnership which would provide Malaysian Engineers access to the fund of modern technological knowledge which this worldwide company has acquired over the years.
Tuan-tuan dan Puan-puan: Buat penutupnya, saya sekali lagi mengucapkan semoga Syarikat Telecommunications Manufacturers Berhad ini berkembang maju pada masa yang akan datang dan seterusnya dengan ini saya dengan sukacitanya merasmikan pembukaan kilang Syarikat ini.