Saya sangat sukacita tuan-tuan hadir di sini hari ini.

Maksud saya bercadang ialah tuan-tuan semua Pegawai-pegawai Daerah di seluruh Persekutuan Tanah Melayu ini hendaklah datang ke Kuala Lumpur dari semasa ke semasa bermesyuarat di Pejabat Kementerian saya supaya apa-apa yang tuan-tuan berasa was-was dan apa-apa kesulitan tuan-tuan berkenaan dengan hal pembangunan akan dapat dihapuskan dan apabila tuan-tuan pulang ke Daerah masing-masing kelak dapatlah tuantuan meneruskan lagi tugas tuan-tuan untuk Pembangunan Negara kita dengan lebih yakin, lebih tenaga dan lebih azam.

Dan juga jika hendak mendapat sepenuh-penuh faedah daripada mesyuarat-mesyuarat ini maka pada masa berbincang dalam Bilik Gerakan ini mustahaklah tuan-tuan nyatakan dengan berterus terang apa-apa kesusahan dan kesulitan yang tuan-tuan dapati di Daerah tuan-tuan pada melaksanakan Rancangan Pembangunan kita.

Banyak rancangan-rancangan yang dibentuk oleh Ibu-ibu Pejabat Kerajaan dalam dunia ini gagal oleh kerana rancanganrancangan itu tiada boleh dijalankan oleh mereka yang bertanggungjawab menjalankannya di daerah-daerah. Dasar Kerajaan Perikatan ialah berikhtiar supaya tiap-tiap Rancangan Pembangunan kita boleh dijalankan serta pula menyempurnakan kehendak-kehendak orang-orang luar bandar. Jika tuan-tuan bercakap dengan terus terang dalam mesyuarat-mesyuarat ini nescaya rancangan-rancangan Pembangunan yang disusun pada peringkat Kerajaan Pusat dapat dilaksanakan pada peringkat Daerah dengan sempurna.

Sebagaimana yang telah saya katakan beberapa kali dahulu, Kerajaan adalah berazam hendak berikhtiar dengan sedaya upayanya untuk melaksanakan Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun kita. Ini bukannya janji kosong atau rancangan pada kertas semata-mata melainkan adalah ia suatu tujuan yang boleh kita capai dan akan kita capai. Pada masa saya melawat beberapa tempat di Negeri ini, saya telah melihat sendiri kemajuan yang telah kita capai hingga sekarang ini dan sungguhpun saya puas hati juga tetapi saya rasa ada dua perkara yang patut kita ambil berat jika kita hendak mendapat sepenuh-penuh kejayaan dalam usaha-usaha kita.

Yang pertamanya saya suka hendak melihat tiap-tiap peringkat pegawai dalam Pentadbiran Kerajaan memberi pimpinan yang lebih bersemangat lagi.

Yang keduanya, saya suka hendak melihat pegawai-pegawai dalam Daerah lebih berusaha lagi menerangkan kepada Rakyat dengan lebih jelas dan tepat bagaimana mereka boleh membantu usaha pembangunan dengan lebih giat lagi.

Saya tiadalah berhajat hendak bersyarah di sini hari ini fasal pimpinan dalam Pentadbkan Kerajaan. Akan tetapi saya suka hendak berkata sepatah dua muga-muga apabila tuan-tuan pulang ke Daerah tuan-tuan masing-masing, tuan-tuan akan menongkan perkara ini dan pada masa menjalankan kewajipan-kewajipan tuan-tuan pada tiap-tiap hari tuan-tuan akan cuba mengelokkan lagi cara tuan-tuan memberi pimpinan dan cara mereka yang di bawah jagaan tuan-tuan memberi pimpinannya.

Pegawai-pegawai Kerajaan banyak yang tiada sedar betapa mustahaknya Pentadbiran Kerajaan yang cekap dan yang dipimpin dengan sempurna dan nampaknya mereka memikirkan kejayaan Rancangan Lima Tahun kita bergantung kepada kerja-kerja yang dijalankan di Kementerian-kementerian dan di Pejabat-pejabat Kerajaan Pusat. Kepada tuan-tuan yang berfikir demikian itu saya suka hendak mengingatkan kata-kata seorang penulis yang masyhur yang telah mati beberapa lama dahulu katanya:

"Biarlah orang-orang bingong berlawan-lawan hendakkan corak pemerintahan masing-masing, tetapi corak pemerintahan yang terbaik sekali ialah yang ditadbirkan dengan sempurna."

Oleh itu jika tuan-tuan percaya kepada kata-katanya itu, tuantuan adalah lebih mustahak daripada saya kerana tuan-tuan ialah Pegawai-pegawai Daerah tetapi saya ialah seorang ahli siasah sahaja.

Sekarang ini bila saya menghadiri mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Jajahan, Jawatankuasa Pembangunan Negeri atau sebarang Jawatankuasa Pembangunan, dalam masa lima atau sepuluh minit setelah dimulakan mesyuarat-mesyuarat itu saya sudah dapat meneka adakah Jawatankuasa-jawatankuasa itu mendapat pimpinan yang sempurna atau tiada. Kalaulah ada sedikit pimpinan di dalam pekerjaan setiap hari, maka kita akan hairan melihatkan hasil usaha kita itu dapat ditambah lebih baik lagi daripada yang lazimnya kita dapati. Dan lagi kalau dapat tuantuan peluang mengikut saya melawat, tuan-tuan tentu percaya akan segala perkataan saya ini dan tuan-tuan tentu akan dapat meneka sebagaimana saya juga.

Sungguhpun saya boleh dengan mudahnya mengetahui di mana adanya pimpinan atau tidak. Ini bukanlah bermakna saya boleh memberi sebarang peraturan tetap berkenaan dengan cara-cara memimpin dan bagaimana pula hendak mendapatkan kebolehan memimpin itu. Ini adalah satu-satunya yang tuan-tuan sendiri terpaksa mencari jalan untuk mendapatkannya dengan kebolehan tuan-tuan sendiri. Untuk mendapatkan kebolehan itu tuan-tuan hendaklah menunjukkan betapa cenderungnya tuan-tuan kepada kerja-kerja tuan dan percaya kepada tujuan-tujuan kerja tuantuan itu, percaya kepada maksud-maksud Rancangan Pembangunan kita dan tuan-tuan hendaklah taat bukan sahaja kepada Dasar-dasar Kerajaan, kepada ketua-ketua tuan bahkan juga tuantuan hendaklah setia kepada pegawai-pegawai yang bekerja di
bawah tangan tuan-tuan. Berbuat demikian pada masa-masa yang istimewa sahaja tiadalah memadai.

Tuan-tuan hendaklah berpegang teguh kepada dasar-dasar yang disebutkan di atas tadi pada masa membuat tiap-tiap keputusan dan pada masa memberi perintah dan pada masa mendapat perintah yang berat, pada masa kena marah dan pada masa memuji, pada masa hendak memulakan kerja-kerja yang penting dan juga pada masa menjalankan kerja-kerja biasa. Tuan-tuan sebagai Pegawai-pegawai Daerah adalah menjadi Ketua Jawatankuasa Rancangan Pembangunan di Daerah tuan-tuan. Jadi untuk menaikkan semangat Jawatankuasa tuan dan supaya Rancangan Pembangunan di Daerah tuan itu dapat berjalan dengan maju
jaya maka terpaksalah tuan-tuan sendiri menunjukkan contoh tauladan yang baik.

Saya selalu juga mendengar Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah bersungut mengatakan bahawa mereka tiada dihormati. Hormat menghormati seperti Kuasa juga tiada boleh dipaksa atau diperintahkan ke atas orang. Oleh itu hendaklah kita berusaha supaya orang menghormati kita dengan tiada payah dipaksa-paksa. Orang-orang yang bebas boleh dididik;tetapi mereka tiada boleh hendak dipaksa-paksa. Begitu juga kebolehan menjadi ketua ini boleh diumpamakan sebagai menarik rantai besi di atas tanah. Jika ia ditarik daripada hujungnya bolehlah ia ditarik terus. Tetapi kita tidak boleh hendak menyorong rantai; begitu jugalah kaedahnya kepada sekumpulan orang.

Berkenaan dengan perkara ini juga akhirnya saya suka hendak menyatakan bahawa langkah yang pertama bagi tuan-tuan sebagai pegawai-pegawai Pentadbir ialah menyelesaikan segala fail-fail yang datang kepada tuan-tuan. Pada minggu yang lalu saya telah pergi ke Tasik Chini di Pahang. Di sana kononnya ada seekor naga. Rasa saya bukan di Tasik Chini sahaja yang ada kita dengar cerita-cerita naga. Kakitangan-kakitangan Kerajaan suka bekerja menggunakan fail-fail yang kadang kalanya tiada begitu mustahak hingga menjadikan fail-fail bertimbun di atas meja Pegawai-pegawai Daerah, seolah-olah ada naga kepala dua atau kepala tiga.

Jadi kalaulah tuan-tuan hendak mendapatkan masa yang lebih banyak untuk berusaha menjadi ketua-ketua yang baik tak dapat tiada hendaklah tuan-tuan menyelesaikan fail-fail di atas meja tuan-tuan itu. Surat-surat dan fail-fail yang tiada berguna dan tiada mustahak bukannya sahaja menyemakkan meja bahkan memeningkan kepala. Sungguhpun demikian kita tiada boleh hendak membatalkan dengan undang-undang cara bekerja dengan menggunakan fail-fail dan tiada boleh membuat kerja dengan tiada menggunakan fail-fail langsung. Tetapi, sekurang-kurangnya hendaklah kita sentiasa berjaga-jaga pada masa menjalankan kewajipan-kewajipan kita tiap-tiap hari, supaya fail-fail dan surat menyurat itu hanya digunakan untuk meeapai tujuan-tujuan kita sahaja. Jalannya yang baik sekali ialah melatih diri kita sendiri bagaimana hendak memilih fail-fail yang mustahak dan yang hendak diselenggarakan dahulu.

Sekarang biarlah saya terangkan apa pula kewajipan Rakyat di dalam lapangn Rancangan Pembangunan kita ini. Rancangan Lima Tahun kita ini telah diuntukkan perbelanjaannya berjutajuta ringgit untuk Pembangunan; Negara kita ini kaya dengan hasil-hasil buminya dan tanahnya pun subur. Tetapi kekayaan ; Negara fcita ini ialah keazaman dan hasrat yang ada dalam hati sanubari Rakyat negeri ini. Keazaman dan hasrat ini hendaklah dikumpul dan digunakan. Negara kita ini kaya dengan keazaman dan hasrat ini yang masih belum digunakan dan Rancangan Pembangunan kita sangatlah berharap kepada keazaman dan hasrat ini untuk kejayaannya. Bukti yang keazaman dan hasrat ini dapat digunakan dengan jayanya ternyata dalam perkara yang kita sebagai satu Bangsa yang masih muda dalam empat tahun
semenjak Merdeka telah mencapai kemajuan-kemajuan lebih banyak daripada yang kita boleh capai dalam 400 tahun sebelum Merdeka.

Kita hendaklah sentiasa ingat bahawa kita tiada akan berjaya dalam usaha kita membina sebuah Negara yang makmur dan maju itu dengan hanya bercakap-cakap atau bersemangat sahaja. Kita hendaklah lakukan apa yang kita cakapkan dan buktikan semangat itu dengan perbuatan—kita hendaklah mengambil langkah-langkah yang tegas untuk mencapai tujuan yang kita citacitakan itu. Perintah Nombor 3 menyatakan dengan terang dan ringkasnya cara dan dasar yang hendak diikuti dalam kerja mengumpul dan menggunakan tenaga Rakyat di Kampungkampung dalam Rancangan Pembangunan kita.

Walau bagaimanapun dukacita saya berkata yang saya tiada puas hati dengan langkah-langkah setakat yang telah diambil oleh Jawatankuasa-jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Daerah dalam menjalankan Perintah itu kerana tiada berapa membina dan menggunakan akal fikiran. Dalam beberapa bulan yang akan datang ini saya akan menumpukan perhatian yang lebih berat lagi kepada melaksanakan Perintah ini, iaitu Perintah yang menjadi sebahagian daripada Peringkat II Rancangan Pembangunan kita. Dalam Peringkat II ini kita hendaklah mendapat sokongan penuh daripada Rakyat di Luar Bandar.
Sambutan yang didapati dalam Peringkat II daripada pertubuhan-pertubuhan sukarela seperti kelab-kelab belia, pelajarpelajar sekolah tinggi dan sebagainya itu sangatlah memuaskan dan saya telah mendapat banyak permintaan supaya Jawatankuasajawatankuasa Pembangunan Luar Bandar kita, di seluruh Negeri ini, mengandungi wakil tiap-tiap satu badan sukarela yang ada sekarang ini.

Pada fikiran saya tiadalah betul jika bilangan ahli dalam Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar itu ditambah lagi,kerana dengan menambah bilangan ahli dalam Jawatankuasa itu ia akan menjadi terlalu besar dan dengan yang demikian kuranglah kecekapannya. Dan lagi mereka yang mewakili pertubuhanpertubuhan sukarela itu tentulah tiada akan suka mencampuri dalam rundingan-rundingan yang panjang lebar berkenaan dengan hal teknik dalam Pembangunan Luar Bandar, seperti Ampangan dan Taliair, Bekalan Letrik dan sebagainya.

Oleh yang demikian sebagai membalas sambutan yang sangat dihargai daripada pertubuhan-pertubuhan sukarela itu saya bermaksud hendak menububkan dalam tiap-tiap Daerah satu badan yang boleh dinamakan "Jawatankuasa Sukarela Pembangunan Luar Bandar Daerah". Melalui badan ini segala tenaga, kegiatan dan niat baik kelab-kelab belia, persatuan-persatuan sukarela yang berbagai-bagai corak itu dapat digunakan. Dengan yang demikian dapatlah kita memberi mereka peluang menjayakan Pembangunan di tempat masing-masing. Pegawai Daerah akan menjadi Pengerusi "Jawatankuasa-jawatankuasa Sukarela
Pembangunan" itu dan Jawatankuasa itu akan bekerja dengan berhubung rapat dengan Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Kerajaan yang ada sekarang ini.

Ada juga permintaan-permintaan yang seumpama itu di Kampung-kampung. Saya tiada bermaksud hendak mengganggu keadaan Jawatankuasa-jawatankuasa kampung yang ada sekarang ini dengan menambah lagi beberapa orang ahli daripada pertubuhan-pertubuhan sukarela kepadanya. Tetapi sebaliknya saya bermaksud hendak menubuhkan bahagian-bahagian kecil di kampung-kampung seperti bahagian belia, bahagian wanita dan sebagainya supaya disatukan pertubuhan-pertubuhan sukarela di kampung-kampung dan dicantumkan mereka dengan Jawatankuasa Pembangunan Kampung. Walau bagaimanapun saya suka hendak menegaskan dua perkara.

Satu berkenaan dengan Jawatankuasa-jawatankuasa Kampung dan keduanya berkenaan dengan pertubuhan-pertubuhan sukarela.

Tujuan Perintah Nombor 3 dan menubuhkan Jawatankuasajawatankuasa Pembangunan Kampung ialah hendak memberi peluang kepada orang-orang kampung menyatukan usaha-usaha mereka dalam membantu memajukan Kampung mereka sendiri. Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Kampung ini hendaklah disusun supaya dengan demikian orang ramai dapat mengeluarkan buah fikiran mereka sendiri, bukan hanya sebagai jalan untuk berkumpul, memikirkan dan menyusun rayuan dan permintaan-permintaan kepada Kerajaan bagi mendapat bantuan yang lebih banyak lagi. Adapun perkara yang patut ditimbangkan
dalam Jawatankuasa ini ialah "Apakah yang dapat kita berikan kepada Usaha Kebangsaan ini; bukan apakah yang akan kita peroleh daripadanya".

Kehendak tiap-tiap buah kampung, yang menjadi tanggungjawab Kerajaan terhadap Rakyat, telahpun dijelaskan dalam Rancangan Buku Merah; dan adalah menjadi kewajipan Jawatankuasa Pembangunan Daerah untuk menguruskan usaha Kerajaan bagi Pembangunan Kampung, dan adalah kewajipan Jawatankuasa Kampung untuk mencari jalan dan ikhtiar bagaimana orang kampung sendiri dapat melaksanakan usaha kerajaan dengan jalan memberi kerjasama mereka dengan sepenuhnya.

Banyak pertubuhan-pertubuhan sukarela seperti kelab-kelab belia telahpun menulis surat kepada Kementerian saya meminta penerangan yang lengkap tentang usaha-usaha yang boleh mereka kerjakan dalam Pembangunan Luar Bandar serta meminta supaya pertubuhan-pertubuhan mereka diakui secara resmi dalam Rancangan Pembangunan. Dasar Pembangunan Luar Bandar kita, pada fikiran saya, telah diterangkan dengan jelas dan adalah menjadi kewajipan tiap-tiap buah pertubuhan sukarela yang hendak membantu supaya memikirkan sendiri suatu Rancangan tentang cara-cara yang sebaik-baiknya bagaimana mereka dapat memberi bantuan.

Saya fikir bukannya kewajipan Kementerian saya menetapkan satu persatu bagaimana caranya tiap-tiap pertubuhan sukarela dapat mengambil bahagian dalam Rancangan Kebangsaan ini kerana kalau berlebih-lebih sangat Kerajaan memberi perintah nescaya hilanglah sifat Pertubuhan-pertubuhan itu sebagai Pertubuhan-pertubuhan sukarela.

Dan lagi, sungguhpun saya berasa sukacita melihat pertubuhanpertubuhan sukarela itu berlumba-lumba hendak menjalankan usaha dalam Rancangan Pembangunan ini, tetapi saya rasa hendaklah dijaga supaya berlumba-lumba itu hanya kepada kerjakerja yang ada dan jangan sampai jadi berdengki-dengkian; kerana yang pentingnya ialah apa yang dibuat untuk pembangunan, bukannya orang yang membuat dan siapa dia.

Sekarang sampailah saya kepada perkara permintaan-permintaan supaya "diakui". Di sini sukacita saya hendak menyatakan sekarang dengan jelas bahawa cuma satu perkara sahaja yang diakui dalam Rancangan Pembangunan Luar Bandar Negara iaitu "Hasil sesuatu usaha itu", dan saya hendak menyatakan kepada sesiapa jua atau kepada sebarang pertubuhan sukarela yang minta diakui, "hendaklah mereka itu menunjukkan hasil usaha mereka dahulu baharulah mereka diakui."