Y.B. Datuk Zulkilli, Timbalan Mentcri Pcrtahanan. Yang Berbahagia General Tan Sri Ibrahim1, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.
Saya rasa amat sukacita kerana dapat bersama-sama dengan tuan-tuan dan puan-puan pada hari ini di Upacara Pembukaan Sekolah Heikopter Tentera Udara kita.
Terlebih dahulu. saya suka mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kementerian Pertahanan dan juga kepada Tentera Udara kita, kerana telah dapat merancang dan mcndirikan Sekolah ini, bermakna Tentera Udara kita telah maju sclangkah lagi dalam bidang latihan kerana telah dapat sendiri memberikan latihan kepada bakal pemandu helikopter kita.
Sebagaimana saya telah sebutkan dahulu di upacara penyampaian diploma-diploma kepada graduan-graduan Maktab Turus kita iaitu kita akan berusaha dan mcrancang langkah-langkah supaya Angkalan Tentera kita dapat berdikari di alas kaki sendiri di dalam beberapa bidang tertentu.
Hari ini kita menyaksikan pula satu lagi kemajuan dalam bidang tersebut. Semenjak mulanya Angkatan Udara kila menggunakan kapaltcrbang-kapalterbang hclikopter iaitu dalam tahun 1965. semua pemandu-pemandu kita adalah diberi lalihan di United Kingdom dan juga di Amerika Syarikat.
Selepas dari itu, bagi mengurangkan perbelanjaan untuk melatih ramai lagi pemandu-pemandu helikopter, kita telah mengikat satu perjanjian dalam tahun 1971 dengan Syarikat South East Asia Helicopter Sendirian Berhad, sebuah syarikat tempatan untuk memberi latihan kepada bakal pemandu-pemandu kita.
Tetapi oleh sebab keperluan kita bertambah dari masa ke masa, maka tcrpaksa kita merancang langkah-langkah yang dapat menampung kehendak-kehendak kita itu. Tugas Angkatan Udara kita bukan lagi hanya setakat memberi sokongan dan bantuan kepada unit-unit angkatan tentera kita yang lain iaitu darat dan laut tetapi sudah meluas meliputi banyak bidang, demi menjamin keamanan, ketenteram dan kebahagian rakyat.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
Dengan terdirinya Sekolah ini, kita bukan saja dapat menjimatkan perbelanjaan bahkan kita sendiri mendapat pengalaman dalam bidang memberi latihan kepada bakal pemandu-pemandu kita. Dengan ini juga kita tidaklah lagi bergantung sepenuhnya kepada negara-negara luar bagi kemudahan latihan kepada bakal pemandu-pemandu helikopter kita.
Di sini suka saya menegaskan iaitu segala tujuan dan hasrat Kerajaan serta rakyat akan tercapai jika sekiranya kita memberi perkhidmatan dengan penuh dedikasi. Walaupun Kerajaan dapat menyediakan segala kemudahan tetapi kalau usaha-usaha kita tidak bergerak seimbang dengan aspirasi rakyat, selama itu kita tidak dapal mencapai kejayaan yang kita harap-harapkan. Saya berharap bukan saja pihak Angkatan Tentera Udara bahkan segenap anggota tentera menumpukan perhatian dan menjalankan tugas mereka dengan penuh semangat dedikasi.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
Kita baharu saja melangkah masuk ke tahun 1975 — tahun yang menjadi cabaran kepada kita semua. Kalau tiap-tiap seorang anggota masyarakat tidak menjalankan tugas dan peranan yang sewajarnya, sudah tentu kita tidak akan dapal mengatasi segala kesulitan yang kita hadapi. Saya suka mengulangi sekali lagi seruan saya supaya kita membaharui tekad dan azam menjalankan segala usaha kita dengan jujur dan setia.
Seperi yang telah saya sebutkan, dengan perkembangan yang begitu pesat dalam Angkatan Tentera pada tempoh lima tahun yang lalu, keperluan perkhidmatan bantuan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (air-support operation) telahpun menjadi berlipat ganda. Keperluun bagi penerbangan-penerbangan pengangkutan (transport flight) semakin meningkat. Selain dari itu, kerja-kerja memberi bantuan kepada pasukan-pasukan tentera dalam gerakan-gerakan operation makin bertambah.
Untuk melengkapkan kekuatan Tentera Udara Diraja Malaysia bagi memenuhi keperluan-keperluan tersebut. Kerajaan telahpun menandatangani kontrek untuk membeli beberapa jenis kapalterbang dalam tempoh selahun dua ini. Beberapa buah kapalterbang pejuang jenis F5E dan jenis F5B telahpun dipesan dan akan diterima mulai dari bulan Mac 1975 ini. Enam buah kapalterbang pengangkut jenis CI30 akan diterima pada awal tahun 1976 dan dua buah kapalterbang pengangkut jenis jet F28 akan sampai dalam bulan April 1976. Selain dari itu Kerajaan juga akan membeli dua belas buah kapalterbang jenis Cessna 402B bagi keperluan latihan lanjutan pemandu dan untuk kegunaan pemetaan udara (aerial mapping).
Kesemua kapalterbang ini apabila diterima kelak akan menambahkan lagi kekuatan Tentera Udara Diraja kita dan membolehkan tugas-tugas bantuan udara yang semakin bertambah bukan saja dari Angkatan Tentera tetapi juga dari Jabatan Kerajaan/Kementerian-kementerian yang lain.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
Pemandu-pemandu yang akan lulus kelak dari Sekolah Penerbangan ini akan diberi tugas untuk mengambilalih jawatanjawatan di unit-unit Tentera Udara Diraja kita yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai yang ada sekarang supaya dengan demikian akan membolehkan pegawai-pegawai yang berpengalaman lebih luas mengisi jawatan-jawatan baru yang akan wujud apabila kita terima kapalterbang-kapalterbang yang lebih 'sophisticated' yang telah kita tempah itu.
Sekolah Latihan Penerbangan Helikopter ini, saya difahamkan, akan apat melatih seramai duapuluh empat orang pemandu helikopter tiap-tiap tahun. Selain dari menjalankan latihan penerbangan asas, Sekolah ini juga akan menjalankan kursus-kursus penerbangan lanjutan advanced flying training. Dan bagi membolehkan Sekolah ini menjalankan kursus-kursus penerbangan ini.Kerajaan telahpun membeli enam buah helikopter latihan jenis Bell 47 yang berharga $1.2 juta dan empat buah helikopter jenis Alouette yang bernilai sebanyak $3.3 juta.
Sekolah Latihan Penerbangan Helikopter ini bersama-sama dengan Sekolah Latihan Penerbangan di Alor Star yang melatih pemandu-pemundu kapalterbang bagi kapalterbang jenis "fixedwing" akan dapat menampung lebih kurang 90% daripada keperluan pemandu-pemandu kapalterbang Tentera Udara Diraja kita. Selepas itu. pegawai-pegawai Tentera Udara Diraja kita hanya akan dihantar keluar negeri untuk menjalani kursus latihan Qualified Helicopter Instructor (QHI) dan Qualified Flying Instructor (QFI)Isahaja.
Satu perkara yang saya suka juga memaklumkan ialah berkaitan dengan lawatan Yang Berhormat Menteri Pertahanan Australia, Tuan Lance Barnard, ke negara kita baru-baru ini. Beliau telah membuat perundingan dengan saya atas perkara-perkara kepenlingun bersama. Tuan Lance Barnard dalam rundingannya lelahpun menegaskan bahawa dua buah skuadron kapalterbang Miraga Australia yang sekarang berada di Butterworth akan terus bcrada di sana selagi skuadron-skuadron itu dapat memainkan peranan yang tertentu.
Kerajaan Malaysia mahukan sokongan dan kerjasama darinya.Sebagai yang lersedia dimaklumkan, perhubungan di antara kedua-dua negara kita dalam bidang pertahanan serta juga dalam bidang-bidang lain adalah begitu rapat dan dengan lawatan Tuan Lance Barnard ini. maka telah mengeratkan lagi tali persahabatan di anlara kedua negara.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Akhirnya. sekali lagi saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia khasnya dan Kementerian Pertahanan amnya yang telah berjaya mendirikan Sekolah ini dan saya penuh yakin bahawa projek ini akan mencapai kejayaan yang dicita-cita itu.Dengan ini. saya dengan sukacitanya merasmikan Sekolah Latihan Helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia dan berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala akan merestui usaha-usaha kita semua.
- Ketua Turus Angkatan Tentera