PENGANUGERAHAN IJAZAH KEHORMAT DOKTOR UNDANG-UNDANG KEPADA TUN ABDUL RAZAK OLEH ITM

01
Sebagai mengenang jasa penglibatan Allahyarham Tun Abdul Razak yang tidak ternilai terhadap ITM iaitu melalui Wawasan Tun Razak bagi pembangunan sumber tenaga profesional Bumiputera dan sumber tenaga keusahawanan Bumiputera. Justeru, ITM telah menganugerahkan Tun Abdul Razak Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang kepada Tun Abdul Razak dalam Majlis Konvokesyen Komemoratif Institut Teknologi MARA pada 23 Jun 1997

PENGIKTIRAFAN DIPERINGKAT ANTARABANGSA

02

Pengwujudan Kerusi Tun Abdul Razak di Universiti OHIO

Kerajaan menerima tawaran Ohio University dan bersetuju menamakan kerusi itu dengan nama Allahyarham Tun Razak diumumkan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Musa Hitam pada 18 Mac 1980 bagi mengenang jasa yang dicurahkan oleh Allahyarham sebagai Menteri Pelajaran pertama. Allahyarham Tun Abdul Razak mengasaskan Dasar Pelajaran Kebagsaan melalui 'Penyata Razak" yang bertujuan memupuk semangat persafahaman dan menyatupadukan berbilang keturunan di negara ini.