Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility
Jumaat, 16 Rabi'ul-Awwal 1446
Jumaat, 20 September 2024

School Activities

Visits | Workshop | Programme

Penyerahan Kad Ahli Luar Perpustakaan UiTM kepada YB Menteri Pendidikan Malaysia dan YAB Menteri Besar Selangor

Peluang menyertai Festival Bahasa dan Sastera Peringkat Negeri Selangor di Pustaka Raja Tun Uda telah berjaya menarik minat YB Menteri Pendidikan Puan Fadhlina binti Sidek dan YAB. Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin bin Shari mendaftar sebagai ahli luar Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). 

Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan telah hadir menyerahkan kit ahli luar PTAR yang mengandungi kad ahli dan cenderamata eksklusif kepada kedua-dua tetamu kehormat tersebut. 

Turut singgah ke reruai pameran PTAR ialah Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) YBhg. Datin Paduka Mastura Hj Muhamad, D.S.I.S. dan Sasterawan Negara Dato' Zurinah Hassan. 

Kesemua tetamu kehormat di atas  hadir di Malam Bahasa Jiwa Bangsa yang diadakan pada 27 Mei 2023 hari Sabtu. 

Acara yang bermula tepat jam 8:45 malam itu menyaksikan institusi pendidikan negara dan tokoh bahasa berhimpun dan mendeklamasikan puisi-puisi terpilih selama kira-kira satu jam. 

Selain Dato' Zurinah Hassan, turut ditampilkan dua tokoh  Sasterawan Negara iaitu Dato' Anwar Ridhwan  dan Datuk Seri A. Samad Said melantunkan puisi sehingga memukau tetamu yang hadir pada malam itu. 

 

 

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian
 

Please publish modules in offcanvas position.