Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility
Ahad, 02 Rabi'ul-Akhir 1446
Ahad, 06 Oktober 2024

School Activities

Visits | Workshop | Programme

Perasmian Bangunan Arkib Universiti & Sistem Arkib (AMS & OFA)

Perasmian Bangunan Arkib Universiti & Sistem Arkib (AMS & OFA)

Majlis Perasmian Bangunan Arkib Universiti Teknologi Mara Shah Alam oleh YBhg. Profesor Datuk Ts Dr Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor , UiTM pada Tarikh 25 Mei 2022 di bangunan baru Bangunan Jabatan Arkib Universiti, UiTM Shah Alam .

Sejarah penubuhan Jabtan Arkib Universiti.

Pada 28 Mac 1980 beberapa pegawai dari Arkib Negara Malaysia telah berkunjung ke Bahagian Pentadbiran UiTM untuk melihat bagaimana proses pengurusan rekod dilaksanakan. Dua tahun kemudian barulah penubuhan Unit Arkib UiTM pada 2 Januari 1982 dibawah tanggungjawab Bahagian Pentadbiran Pejabat Pendaftar. Seterusnya Unit Arkib telah dinamakan sebagai Unit Rekod dan Arkib pada awal Januari 1986 selaras dengan keperluan pengurusan rekod ITM.

Pada 1 Jun 2015 berlaku penstrukturan semula Pejabat Pendaftar yang meletakkan pengurusan rekod dan arkib UiTM kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak. Perkara ini telah diputuskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Universiti (JKE) Bil. 6/2015 bertarikh 10 Jun 2015. Di bawah pengurusan Perpustakaan Tun Abdul Razak, Bahagian Arkib telah dibuat penjenamaan kepada Jabatan Arkib Universiti. Perkara ini telah dipersetujui dari keputusan Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Bil. 5/2016 bertarikh 1 Mac 2016.

  

 

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian
 

Please publish modules in offcanvas position.