Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility
Khamis, 22 Rabi'ul-Awwal 1446
Khamis, 26 September 2024

School Activities

Visits | Workshop | Programme

Program Literasi Maklumat Bersama Komuniti Kolej Vokasional Dungun

Tarikh: 11 September 2024, Rabu
Masa: 10.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan Kuliah Gemilang Kolej Vokasional Dungun, Terengganu
Anjuran: Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu

Objektif program:

  • Meningkatkan kemahiran teknik membaca dan pencarian maklumat yang betul di kalangan peserta program.
  • Meningkatkan ketampakan (visibility) Perpustakaan UiTM Cawangan Terengganu dalam membudayakan ilmu di kalangan komuniti setermpat.
  • Sebagai satu aktiviti khidmat masyarakat, susulan dari inisiatif Letter of Collaboration (LoC) antara Kolej Vokasional Dungun dan Perpustakaan UiTM Cawangan Terengganu pada Ogos yang lalu.
  • Mewujudkan sinergi pembudayaan ilmu antara UiTM Cawangan Terengganu dengan sekolah dan komuniti melalui penganjuran aktiviti ilmu.
 
 

   

Ringkasan:

Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) telah melaksanakan Program Literasi Maklumat bersama Komuniti Kolej Vokasional Dungun dengan penyertaan seramai 120 orang pelajar Semester 3 daripada pelbagai kursus pengajian. Diadakan di Dewan Kuliah Gemilang, Kolej Vokasional Dungun, program ini telah bermula jam 10.00 pagi sehingga  1.00 tengah hari.

Program kerjasama ini adalah susulan dari inisiatif Letter of Collaboration (LOC) yang telah dipersetujui bersama antara Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT dan Kolej Vokasional Dungun pada Ogos 2024 yang lalu.

Pengisian program dimulakan dengan  sesi taklimat pengenalan Perpustakaan UiTMCT dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar melalui keahlian luar yang disampaikan oleh Cik Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan UiTMCT. Kemudian disusuli dengan Bengkel Bacaan Pantas yang disampaikan oleh Puan Hafsah Mustafa, Pembantu Pustakawan Kanan UiTMCT, dengan menekankan kemahiran membaca yang betul dan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam membaca. Beliau dibantu oleh Encik Abdul Hadi Idris, dan Puan Ayuzawahie Amran, sebagai fasilitator.

Turut disampaikan ialah strategi pencarian maklumat atas talian melalui pelbagai platform akses terbuka termasuk UiTM Open Acces Discovery dan UiTM Institutional Repository. Pembentangan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam mencari, menilai dan menggunakan maklumat yang sahih dan berkualiti untuk tujuan pembelajaran.

Melalui program ini, Perpustakaan Cendekiawan sebagai sebuah perpustakaan akademik menaruh harapan tinggi agar dapat terus berperanan membantu menyokong pengajaran, pembelajaran, dan penyelidikan bukan hanya untuk warga UiTM, malah meyumbang kepakaran yang ada kepada komuniti masyarakat setempat. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas kerjasama dan sokongan daripada pihak pengurusan Kolej Vokasional Dungun dalam menjayakan program ini.

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian
 

Please publish modules in offcanvas position.