Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility
Khamis, 22 Rabi'ul-Awwal 1446
Khamis, 26 September 2024

School Activities

Visits | Workshop | Programme

Program Speed Reading Bersama SMK Bandar Baru Perda, Pulau Pinang

PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh telah menerima kunjungan pelajar tingkatan 5 SMK Bandar Baru Perda, Pulau Pinang bagi mengikuti Program Speed Reading pada 15 Ogos 2024 yang lalu. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai bacaan pantas tanpa mengurangkan pemahaman tentang teks yang dibaca dan teknik-teknik bacaan pantas yang boleh diaplikasi di dalam pembacaan seharian.

Program ini telah dikendalikan oleh Puan Nur Azriena, Pembantu Pustakawan Kanan bersama 2 orang fasilitator iaitu Puan Noor Sapiza, Pembantu Pustakawan dan Puan Haslina, Pembantu Pustakawan Kanan. Semasa program berlangsung, para pelajar telah didedahkan dengan asas dan teknik bacaan pantas serta latihan membaca yang dapat membantu pembacaan yang efektif. Terdahulu, para pelajar telah mengikuti sesi motivasi dan lawatan pendidikan kerjaya bersama Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Program diakhiri dengan majlis penyampaian cenderamata dan sesi bergambar bersama-sama semua pelajar dan guru pengiring yang hadir.

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian
 

Please publish modules in offcanvas position.